awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambahan anjing K9 diperlukan bagi menjaga laluan masuk di Langkawi

Bernama
Bernama
11/01/2023
06:16 MYT
Tambahan anjing K9 diperlukan bagi menjaga laluan masuk di Langkawi
Pada masa ini terdapat empat ekor anjing pengesan ditempatkan di Seksyen K9 Langkawi. - Gambar fail
LANGKAWI: Polis Kedah memerlukan tambahan bilangan Unit Anjing Pengesan (K9) di Langkawi bagi mengukuhkan lagi penjagaan dan kawalan laluan masuk di pulau peranginan itu dalam usaha mengekang sebarang aktiviti jenayah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah Datuk G Suresh Kumar berkata pada masa ini terdapat empat ekor anjing pengesan ditempatkan di Seksyen K9 Langkawi.
"Di Seksyen K9 Langkawi, kita ada 10 kandang tetapi hanya ada empat ekor anjing pengesan iaitu seekor ditugaskan mengesan bahan letupan, seekor bagi kes berkaitan dadah manakala dua lagi bagi siasatan kes jenayah lain melibatkan JSJ.
"Jadi, pucuk pimpinan mempunyai pandangan untuk menambah anjing K9 di sini dan penambahan disarankan adalah untuk menambah anjing K9 pengesan bahan letupan dan dadah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Seksyen K9 Langkawi dekat sini hari ini.
Beliau berkata Langkawi adalah pusat pelancongan melibatkan pergerakan keluar masuk pelancong yang sangat pesat dan keberkesanan untuk menjalankan tugas sangat terhad sekiranya hanya seekor anjing pengesan menjalankan tugas.
"Keberkesanan K9 di Langkawi ini dilihat amat berkesan sejak ditubuhkan pada April 2021 dengan banyak kejayaan melibatkan kes dadah berjaya diselesaikan. Jadi, penambahan itu perlu tambahan pula sekiranya berlaku sesuatu kes, agak sukar untuk mendapat bantuan daripada darat berikutan masalah logistik," katanya.
Katanya, terdapat 11 ekor anjing K9 di seluruh Kedah yang ditempatkan di penempatan Langkawi, Kuala Muda dan Bukit Kayu Hitam.
Terdahulu, beliau telah menyampaikan pingat penghargaan kepada anjing K9 bernama Black atas kejayaannya menyelesaikan dua kes dadah pada tahun lepas dan turut mendapat sijil penghargaan ialah pengendali Black, Lans Koperal Johan Anak Jame.
Turut mendapat sijil penghargaan ialah tiga lagi pengendali anjing K9 iaitu Sarjan S.Pubalan, Koperal Suriya Eng Chuan dan Lans Koperal Folinton Olinggang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anjing pengesan
#K9
#Langkawi
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan