WANITA yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Hafidz Roshdi tampil membuat permohonan maaf berkaitan isu curang yang tular di media sosial baru-baru ini.

Wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada itu tampil membuat permohonan maaf melalui kemas kini di akaun Instagramnya pada Sabtu.

Menurut Athira, dia ingin memohon maaf kepada isteri Hafidz bersama dua orang anaknya dan berkata tidak akan menghubungi pelakon lelaki itu lagi.

“Saya dengan seikhlas hati memohon maaf daripada Shuhada, Humairah dan Umar.

"Apa yang saya lakukan adalah sangat mementingkan diri sendiri.

"Sepanjang tempoh sembilan tahun Hafidz cuba menghubungi, saya berkali-kali cuba yang paling terbaik untuk mengelak.

"Akhirnya ini berlaku setelah mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya bersimpati dan ingin menyokongnya," katanya.


.
Menerusi kemas kini itu juga, Athira turut menyatakan bahawa hubungannya bersama dengan pelakon lelaki tersebut telah tamat dan berjanji tidak akan menghubunginya lagi.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tangkap layar Instagram Story milik Nurul Shuhada yang mendakwa rumahtangganya diganggu oleh pihak ketiga ditularkan.

Situasi menjadi lebih panas apabila tangkap layar paparan skrin perbualan Hafidz dengan kekasihnya yang didakwa penyondol tular di media sosial.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul pada 30 April 2016.

Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Humairah dan Umar yang berkongsi tarikh kelahiran yang sama iaitu 9 September.