SUNGAI BULOH: Sejumlah 11 mayat tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan Batang Kali, Selangor ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini, untuk proses bedah siasat dan pengecaman mayat, setakat jam 4.20 petang.
Lima lagi mayat dalam perjalanan ke hospital berkenaan, menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti, kita masih menunggu pihak polis untuk mengeluarkan arahan bedah siasat,” katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh, di sini pada Jumaat.
Dr Zaliha berkata, sebaik sahaja mendapat perintah polis, Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan proses bedah siasat.
Katanya, pasukan perubatan Jabatan Forensik menyediakan lima pasukan petugas terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan yang turut dibantu petugas Jabatan Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam bagi proses bedah siasat.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 18 orang, 15 masih hilang
Menurut beliau, pasukan perubatan Jabatan Forensik sedang mengumpul maklumat antemortem daripada waris yang berada di perkarangan hospital.
“Dengan adanya antemortem, ia akan mempercepatkan proses pengecaman seterusnya penyerahan mayat kepada waris sebaik sahaja selesai bedah siasat. Mangsa yang tercedera ditempatkan di Hospital Selayang untuk menjalani rawatan," ujarnya.
Setakat 4.20 petang Jumaat, angka korban telah meningkat kepada 18 orang dan 15 orang masih dikhuatiri hilang dalam tragedi berkenaan.
Umavathi Ramayah
Fri Dec 16 2022
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Tanah runtuh Batang Kali: 16 mayat ditempatkan di Hospital Sungai Buloh - Menteri
Sejumlah 11 mayat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan pengecaman mayat setakat 4.20 petang.
Tanah runtuh Batang Kali: PM, MB Selangor lawat lokasi tanah runtuh malam ini
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan melawat lokasi kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali malam ini.