awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Laungan azan ikhtiar baharu JBPM kesan tujuh lagi mangsa

Bernama
Bernama
21/12/2022
13:30 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Laungan azan ikhtiar baharu JBPM kesan tujuh lagi mangsa
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor ketika sidang media berhubung tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers Organic Farm, hari ini. - Foto BERNAMA
BATANG KALI: Laungan azan sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini menjadi antara ikhtiar terbaharu pasukan SAR.
"Azan dikumandangkan oleh seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sebelum memulakan operasi SAR hari ini.
"Ini adalah satu ikhtiar pasukan pencarian," kata Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Hafisham Mohd Noor kepada Bernama di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK), di sini hari ini.
Operasi pencarian yang memasuki hari keenam berjaya menemukan satu mayat lelaki dewasa pada 11.16 pagi tadi di sektor B (kem Farmview).
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 26 terkorban dan tujuh lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Mayat ke-26 lelaki dewasa ditemukan
Sementara itu, tinjauan Bernama di PKTK setakat 7.30 malam ini juga mendapati operasi SAR masih ditangguhkan sementara sejak kira-kira 4 petang tadi berikutan hujan lebat.
Selain itu, sidang media yang kelazimannya dilakukan pada 6.30 petang setiap hari, juga tidak diadakan hari ini.
Pihak Jabatan Penerangan Malaysia memaklumkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah akan memberi pemakluman berhubung perkembangan operasi SAR menerusi kenyataan media sahaja.
-- BERNAMA
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#laungan azan
#operasi sar
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Fathers' Organic Farm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan