awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Mangsa terkorban meningkat 21 orang, pencarian diteruskan - TPM

Fareez Azman
Fareez Azman
16/12/2022
12:09 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Mangsa terkorban meningkat 21 orang, pencarian diteruskan - TPM
Ahmad Zahid (kiri) mengadakan sidang media di lokasi kejadian pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
HULU SELANGOR: Jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, di sini meningkat kepada 21 mangsa ketika ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika ini fokus pencarian diteruskan bagi mencari 12 lagi mangsa yang masih hilang.
“Secara rasmi bahawa keseluruhan mangsa seramai 94 orang, disahkan meninggal 21 orang, belum ditemui 12 orang.
"Jadi kerja adalah untuk mencari 12 mangsa belum ditemui, kita berdoa supaya ada mangsa selamat,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lokasi kejadian pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 21 orang, 12 dikhuatiri hilang
Tambah Ahmad Zahid, bagi pihak kerajaan Malaysia, beliau menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
“Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, pihak agensi penguatkuasa sedaya mungkin boleh meneruskan dengan kaedah teknologi baru dan jentera berat pada masa sama kita guna anjing pengesan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#Zahid Hamidi
#mangsa terkorban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan