awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah Runtuh Batang Kali: PM arah misi mencari dan menyelamat dibuat secara rapi, menyeluruh

Bernama
Bernama
16/12/2022
03:10 MYT
Tanah Runtuh Batang Kali: PM arah misi mencari dan menyelamat dibuat secara rapi, menyeluruh
Setakat ini, lapan maut manakala 60 orang lagi berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh awal pagi ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi mencari dan menyelamat mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands dilakukan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.
"Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Anwar berkata beliau dimaklumkan beberapa menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini dan menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat.
Setakat ini, lapan maut manakala 60 orang lagi berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh awal pagi ini.
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan oleh pasukan penyelamat termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Bukit Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas serta Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Father's Organic Farm
#Anwar Ibrahim
#misi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan