awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Gambang: Penduduk khuatir tanah runtuh berulang

Isabelle Leong
Isabelle Leong
05/01/2021
08:25 MYT
Tanah runtuh Gambang: Penduduk khuatir tanah runtuh berulang
Sekitar pukul 3 pagi Selasa, dua buah rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit di Taman Gambang Damai. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Kejadian tanah runtuh di Taman Gambang Damai Kuantan pada awal pagi Selasa mencetuskan kebimbangan penduduk setempat.
Penduduk, Nor Rizal Md Noar khuatir insiden yang sama akan berulang lagi dalam masa terdekat disebabkan hujan yang kerap sejak kebelakangan ini.
“Saya berasa risau kawasan Taman Gambang Damai ini memang rata-rata dikelilingi kawasan berbukit dan bercerun.
“Walaupun reka bentuk rumah saya berlainan daripada dua rumah yang runtuh pagi tadi, kawasan perumahan ini masih bercerun.
“Kami risau apabila terdapat pergerakan, ia akan menjejaskan rumah-rumah yang lain,” katanya apabila dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Dua rumah runtuh di Gambang awal pagi ini - Bomba
Katanya, pihak berkuasa tempatan telah meminta kesemua penghuni di rumah yang berderetan untuk mengosongkan kediaman masing-masing.
Bagaimanapun, disebabkan rumahnya terletak di lorong yang berlainan, beliau tidak diminta untuk berpindah lagi.
“Walaupun kedengaran 200 meter (m) hingga 300m, sebenarnya rumah saya masih jauh daripada tempat kejadian.
“Sekarang, hanya reka bentuk rumah yang berkaki tiang sahaja yang diminta berpindah secara berperingkat kerana bimbang tiang itu tidak kuat.
“Saya rasa ia tidak akan menjejaskan rumah saya buat ketika ini namun, saya risau ialah sekiranya cerun runtuh, ia akan menghempap rumah saya,” katanya.
Sekitar pukul 3 pagi Selasa, dua buah rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit di Taman Gambang Damai.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian, dua buah rumah berkenaan tidak berpenghuni.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh Gambang
#Taman Gambang Damai
#hujan
#lereng bukit
#kemalangan
#rumah runtuh
#banjir pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan