awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
29/01/2025
05:16 MYT
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dalam kejadian sekitar jam 2.58 pagi tadi, 13 individu dilaporkan tertimbus setelah kediaman mereka di Kampung Lereng Bukit dilanda tanah runtuh.- Foto APM
KUCHING: Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Dilaporkan, mayat Sazarena Arabi ditemukan sekitar jam 10.44 pagi manakala mayat Nur Rausya Syaqira, 8, ditemukan pada jam 11.18 pagi.
Terdahulu mayat Irsyad Syahiran, 15, ditemukan pasukan penyelamat sekitar jam 6.17 pagi.
Perkembangan terkini di Sarawak
Setakat jam 12.16 tengah hari, gerakan mencari dan menyelamat dua lagi mangsa Fatimah Dawi, 71, dan Nur Rania Syafiqah, 12, masih giat dilakukan.
Tujuh mangsa lain bagaimanapun ditemui selamat.
Dalam kejadian sekitar jam 2.58 pagi tadi, 13 individu dilaporkan tertimbus setelah kediaman mereka di Kampung Lereng Bukit dilanda tanah runtuh.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh Miri
#mayat ditemukan
#Kampung Lereng Bukit
#pasukan penyelamat
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan