awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Pasir Mas: JPS, JKR diarah lakukan kajian segera - MB

Bernama
Bernama
17/02/2021
11:14 MYT
Tanah runtuh Pasir Mas: JPS, JKR diarah lakukan kajian segera - MB
Ahmad berharap segala masalah itu akan dapat diatasi sebelum November nanti iaitu ketika musim tengkujuh. - Gambar/ Astro AWANI
PASIR MAS:Kerajaan Kelantan telah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melakukan kajian lanjut dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tebing Sungai Kelantan yang runtuh di Kampung Jalan Pohon Celagi di sini, pagi tadi.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata tindakan segera perlu dilakukan memandangkan masih berlaku pergerakan tanah dan berharap segala masalah itu akan dapat diatasi sebelum November nanti iaitu ketika musim tengkujuh.
"Perkara ini perlu dibuat kajian secara lebih mendalam termasuk mengkaji punca berlakunya pergerakan tanah. Apa yang saya dimaklumkan tembok di sini dibina sejak tahun 80-an dan kini sudah berusia 40 tahun," katanya kepada pemberita selepas meninjau perkembangan kejadian tanah runtuh di tempat kejadian di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Hanifa Ahmad serta Pengarah JPS Kelantan Kamal Mustapha.
BACA: Lebih 50 penduduk dipindahkan dalam insiden tanah runtuh di Pasir Mas
Ahmad berkata kerajaan negeri mengambil langkah segera dengan memindahkan kesemua 15 keluarga membabitkan 50 orang ke Dewan Majlis Daerah Pasir Mas bagi menjaga keselamatan nyawa dan harta benda penduduk yang terjejas.
"Tindakan awal yang dilakukan adalah dengan memindahkan kesemua keluarga kerana kita bimbang berlakunya pergerakan tanah sekiranya mereka masih berada di situ.
"Kita juga akan melihat apa kaedah jangka pendek supaya dapat selamatkan harta benda milik penduduk di situ," katanya dan menambah kerajaan negeri merasa dukacita atas kejadian yang pertama kali berlaku dalam tempoh 40 tahun kawasan itu diduduki.
Tanah runtuh | Tanah runtuh Pasir Mas, 50 penduduk dipindahkan
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi hingga 6.30 pagi tadi, kira-kira 50 penduduk kampung itu yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat apabila tebing sepanjang 200 meter berhampiran rumah mereka runtuh.
Runtuhan itu turut mengakibatkan sebuah rumah runtuh manakala beberapa rumah lagi terjejas dan hampir runtuh namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Siasatan awal mendapati, runtuhan itu berlaku disebabkan terjahan air Sungai Kelantan ke tebing berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Pasir Mas
#Kampung Jalan Pohon Celagi
#runtuhan tebing
#Sungai Kelantan
#MB
#Ahmad Yakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan