awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Setiawangsa, banglo diarah roboh

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2012
01:05 MYT
Tanah runtuh Setiawangsa, banglo diarah roboh
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan merobohkan sebuah banglo yang terjejas teruk dengan sebahagiannya runtuh dalam insiden tanah runtuh di lereng Puncak Setiawangsa, Ahad sebagai langkah mengelakkan kejadian lebih buruk.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata keputusan merobohkan banglo itu dibuat bagi mengurangkan beban tanah yang dikhuatiri menjejaskan cerun berikutan kedudukan banglo itu, berada di tempat paling kritikal.
Beliau berkata keputusan itu dicapai hasil mesyuarat tergempar antara DBKL bersama pihak pemaju perumahan, Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) serta persatuan penduduk.
"Buat masa ini, tujuh buah rumah perlu diberi perhatian di mana tiga daripadanya adalah kritikal. Kesemua penghuninya telah diarahkan berpindah segera," katanya malam Sabtu.
Beliau berkata keputusan sama ada memindahkan atau tidak 57 keluarga yang mendiami banglo berhampiran serta rumah-rumah teres di bawah bukit Puncak Setiawangsa juga akan dibuat Ahad.
Ahmad Phesal berkata DBKL juga telah menyediakan laluan alternatif di Jalan Persiaran Bukit Setiawangsa berikutan penutupan laluan utama, Jalan Bukit Setiawangsa di hadapan cerun bukit yang runtuh.
Topic Berkaitan
#ahmad phesal
#berpindah
#cerun
#DBKL
#IKRAM
#Puncak Setiawangsa
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan