KUALA LUMPUR: Tandas "berwajah baharu" hasil naik taraf Kementerian Pendidikan (KPM) sejak tahun lepas, memberi impak positif yang tidak sekadar membangkitkan keceriaan dan semangat pelajar ke sekolah tetapi juga turut menoktahkan episod kesengsaraan tandas daif sejak sekian lama.
Dengan usianya ada yang lebih dari satu dekad, keuzuran tandas di sekolah yang tidak diselenggara ini bukan sahaja berhadapan dengan pelbagai kerosakan dan ketidakselesaan tetapi turut sama menjejaskan pembelajaran pelajar.
Antaranya, terdapat pelajar yang terpaksa mengambil masa lebih lama ke tandas yang lebih jauh di blok lain sehingga menyebabkan mereka terlepas sesi pengajaran dan ini yang dirasai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang, Kuala Berang, Terengganu.
Lebih dua tahun berhadapan dengan kesengsaraan tersebut, kesusahan mereka itu kini bagaimanapun berakhir apabila tandas di sekolah tersebut dinaik taraf dengan kos sebanyak RM70,000 sekali gus memberi kelegaan kepada pelajar.
"Disebabkan tandas perempuan blok C rosak, pelajar terpaksa ke bangunan blok B atau blok E untuk menggunakannya dan ini mengganggu proses pembelajaran mereka apabila terpaksa mengambil masa antara 15 hingga 20 minit ke tandas.
"Walaupun masalah ini nampak remeh, namun pergerakan ini sebenarnya menyebabkan mereka terlepas beberapa maklumat penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung, ini membuatkan pelajar tidak memahami apa yang diajar guru mereka," kata pengetua sekolah itu, Mohd Rani Muda kepada Bernama.
Berwajah baharu, projek naik taraf di tandas sekolah itu dengan reka bentuk moden menggunakan jubin berona hitam putih dengan corak abstrak ini juga pada masa sama turut menyelesaikan masalah "kesesakan" pelajar perempuan menggunakan tandas semasa waktu puncak, biasanya selepas waktu kelas.
Kerana itu, pihak sekolah dan pelajar begitu menghargai "hadiah yang amat berharga" ini dan Mohd Rani berkata jadual penjagaan dan pemantauan tandas turut diperluaskan kepada guru, kakitangan pengurusan, pelajar dan tidak hanya kepada pekerja pembersihan sahaja.
"Kita mahu semua warga SMK Matang sama-sama menghargai dan menjaga kemudahan yang kerajaan sediakan dengan baik bukan sahaja untuk kegunaan hari ini malah dalam tempoh 10 tahun lagi, misalnya," katanya.
Hakikatnya, kepekaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat tandas sekolah dengan imej baharu telah banyak membawa impak positif kepada kesejahteraan pelajar dan ini termasuklah mendisiplinkan mereka untuk menjaga kebersihan.
Pengalaman buruk sebelum ini menggunakan tandas daif sehingga ada yang mengalami kecederaan, menjadikan kebanyakan pelajar yang ditemu ramah lebih menghargai pemberian itu kerana tidak mahu episod sama berulang kembali.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024
Seorang murid menggunakan tandas yang telah di baik pulih ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Air Hitam Labu, Tronoh Mines di Kampar, Perak, 10 Jan 2024. --fotoBERNAMA
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Tandas baharu sekolah, noktahkan kesengsaraan pelajar
Keuzuran tandas di sekolah yang tidak diselenggara berdepan pelbagai kerosakan dan ketidakselesaan, serta menjejaskan pembelajaran pelajar.
KPM diminta tingkat penguasaan BM, matematik, sains komputer, agama - Anwar
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu akan dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini.
Bangunkan silibus penjagaan tandas secara khusus di sekolah - Ahli akademik
Silibus itu penting diperhalusi kerana setakat ini, mata pelajaran yang ada menyentuh etika penggunaan tandas hanya pendidikan sivik.
'Terima kasih Maryam, saya akan percepat selesaikan masalah tandas sekolah' - PM Anwar
Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada seorang murid berusia sembilan tahun bernama Maryam yang menulis surat kepada beliau.
Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap
Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan.
PM buat pemeriksaan mengejut di dua sekolah di Sekinchan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pemeriksaan mengejut di dua buah sekolah hari ini semasa menghadiri program di Sekinchan, Selangor.
Masyarakat perlu amal etika kebersihan untuk capai tandas B.M.W
Mentaliti 'ada tukang cuci yang mendapat gaji untuk membersihkannya' membuatkan ramai tidak beretika dan bersikap tidak kisah.