Skip to main content

Malaysia

Tangani risiko tibi di sekolah, KPM ambil tindakan pantas atas saranan KKM

NIBONG TEBAL, 12 Feb -- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika ditemubual pemberita pada Majlis Serahan Smartboard Prasekolah dan Pelepasan Susu UHT Farm Fresh Grow Percuma Murid Prasekolah Seluruh Negeri Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara hari ini.  -- fotoBERNAMA
Fadhlina (foto) ketika ditemu bual pemberita pada Majlis Serahan Smartboard Prasekolah dan Pelepasan Susu UHT Farm Fresh Grow Percuma Murid Prasekolah Seluruh Negeri Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara hari ini. -Foto Bernama

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan pantas berlandaskan saranan dan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menangani sebarang risiko penularan penyakit tuberkulosis atau tibi di sekolah.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pemantauan dan pengurusan kes dilaksanakan segera bagi memastikan keselamatan murid, guru dan warga sekolah.

Advertisement

Beliau berkata situasi semasa dalam keadaan terkawal hasil kerjasama erat antara KPM dan KKM pada  peringkat pusat, negeri serta daerah.

“Setiap laporan berkaitan kesihatan ditangani dengan segera dan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Serahan Smartboard Prasekolah dan Flag Off Susu UHT Farm Fresh Grow Percuma Murid Prasekolah Seluruh Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau berkata semua pelaporan dibuat serta-merta mengikut garis panduan KKM bagi memastikan sebarang risiko dapat dikawal lebih awal dan tidak menjejaskan keselamatan warga sekolah.

Fadhlina menegaskan KPM mengamalkan pendekatan pencegahan dan kesiapsiagaan berterusan dalam pengurusan isu kesihatan di sekolah.

Terdahulu, KPM melaksanakan inisiatif pemberian 145,000 unit susu UHT Farm Fresh Grow secara percuma kepada murid prasekolah di seluruh Pulau Pinang bagi menyokong aspek nutrisi dan tumbesaran kanak-kanak.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video