awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tangguh sementara perjalanan ke Genting Highlands'

Sinar Harian
Sinar Harian
29/06/2024
09:40 MYT
'Tangguh sementara perjalanan ke Genting Highlands'
Bas persiaran membawa 21 penumpang termasuk pemandu terbalik dan meragut dua nyawa pelancong lelaki warga China pada pagi Sabtu. - Gambar fail
BENTONG: Orang ramai yang yang berhasrat untuk ke Genting Highlands dinasihatkan agar menangguhkan sementara perjalanan ekoran berlaku kesesakan lalu lintas disebabkan kemalangan bas persiaran di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands di sini pada pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kesesakan teruk lebih satu jam dilaporkan berlaku dari Tol Gombak ke lokasi kejadian.
"Menurutnya, sehingga jam 4 petang, kerja-kerja mengalihkan badan bas yang terbalik belum dapat dilakukan kerana kenderaan tunda dalam perjalanan ke lokasi turut tersangkut dalam kesesakan.
"Proses mengalih bas terbabit cuba dipercepatkan dengan kerjasama pihak-pihak terlibat bagi memastikan aliran trafik di laluan itu kembali berjalan lancar," katanya.
5.42pmStatus terkini insiden bas persiaran terbalik di Jalan Genting Sempah-Genting Highlands (Luar Had Sempadan Penyelenggaraan KL-KARAK@E8). Kerja pengalihan sedang dilaksanakan. Trafik sesak dari Gombak ke susur naik Genting Highlands. Awasi jarak selamat kenderaan anda ! https://t.co/ELZLsZPp1f pic.twitter.com/By7wGFm8Sx
— LLM INFO TRAFIK (@llmtrafik) June 29, 2024
#pahang (29/06/24 | 1.45pm) LEBUHRAYA KL-KARAK: Sesak 1 jam Gombak ke Genting Sempah disebabkan insiden bas persiaran terbalik di Jalan Genting Sempah-Genting Highlands, lewat pagi tadi. Juga sesak dari Bulatan Genting Sempah menuju naik ke Genting Highlands. pic.twitter.com/eXF60EwsyZ
— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) June 29, 2024
Pada Sabtu Sinar Harian melaporkan, bas persiaran membawa 21 penumpang termasuk pemandu terbalik meragut dua nyawa pelancong lelaki warga China.
Pemandu bas, dua pemandu pelancong warga tempatan dan 16 penumpang warga China yang dilaporkan cedera berjaya dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Seramai 13 mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala enam lagi dirawat di Hospital Bentong. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#kemalangan bas
#kemalangan maut
#Pelancong China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan