awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif Trump: Pengeluar kereta Jerman Audi hentikan sementara import ke AS - laporan

Bernama
Bernama
08/04/2025
07:30 MYT
Tarif Trump: Pengeluar kereta Jerman Audi hentikan sementara import ke AS - laporan
Audi pada masa ini mempunyai lebih 37,000 kereta dalam stok di AS yang tidak terjejas oleh duti baharu itu. - Foto Reuters
MUNICH: Pengeluar kereta Jerman Audi menghentikan sementara aktiviti mengimport keretanya ke Amerika Syarikat (AS) sebagai respons kepada dasar tarif Presiden AS Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Memetik memo dalaman kepada pengedar, majalah perdagangan Automobilwoche pada Isnin melaporkan yang keputusan itu terpakai kepada semua kereta yang dihantar ke pelabuhan AS selepas 2 April, apabila tarif 25 peratus ke atas kereta import berkuat kuasa.
Syarikat itu bagaimanapun masih belum mengulas mengenai laporan itu.
Audi pada masa ini mempunyai lebih 37,000 kereta dalam stok di AS yang tidak terjejas oleh duti baharu itu.
Menurut laporan itu, Audi sedang menganalisis kesan duti import ke atas perniagaannya.
Audi, yang berpangkalan di bandar Ingolstadt di selatan Jerman, adalah anak syarikat Kumpulan Volkswagen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif Trump
#Audi
#henti import kereta
#pengeluar kereta Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan