awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Pulasan: Rakyat Malaysia di timur China dinasihatkan agar berwaspada

Bernama
Bernama
19/09/2024
14:03 MYT
Taufan Pulasan: Rakyat Malaysia di timur China dinasihatkan agar berwaspada
Kementerian Luar pada Khamis memberitahu, mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini lokasi serta butiran diri disarankan untuk berbuat demikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my.
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia di bahagian timur China termasuk Shanghai, Zhejiang, Jiangsu dan Anhui yang mungkin terjejas akibat Taufan Pulasan dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan, kata Kementerian Luar.
Kementerian dalam satu kenyataan pada Khamis berkata mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini lokasi serta butiran diri disarankan untuk berbuat demikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my.
"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai di Unit 01, Blok B, Tingkat 9, Pusat Dawning, No. 500, Jalan Hongbaoshi, Daerah Changning, 201103 Shanghai atau melalui talian +86 21 6090 0360/ +86 21 6090 0371 atau e-mel [email protected]," katanya.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai sedang memantau rapi perkembangan Taufan Pulasan yang semakin menghampiri negara China.
Ketika ini diklasifikasikan sebagai taufan kategori 1, ia dijangka melanda daratan pada sebelah petang atau malam 19 Sept (Khamis) dengan kelajuan angin sehingga 153 kilometer sejam (km/j) yang boleh membawa hujan lebat serta kemungkinan banjir kilat, katanya lagi.
Menurut kenyataan itu gangguan kepada pengangkutan dan gangguan bekalan elektrik dijangka berlaku.
Setakat pukul 2 petang, 19 Sept, Taufan Pulasan berada di Laut China Timur. Taufan ini diramalkan terus bergerak di laluan semasa dan mungkin menjejaskan kawasan di timur China termasuk Shanghai, Zhejiang, Jiangsu dan Anhui, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#taufan pulasan
#timur china
#panduan terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan