awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tauliah mengajar ditarik, Mohd Masri diminta hormati proses rayuan

Bernama
Bernama
19/12/2024
12:36 MYT
Tauliah mengajar ditarik, Mohd Masri diminta hormati proses rayuan
Pengerusi MAIS berkata pihaknya menasihati Mohd Masri (gambar) dan semua pihak untuk menghormati proses rayuan yang sedang dilaksanakan. - Facebook / Mohd Masri Mohd Ramli
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengesahkan menarik balik tauliah mengajar Mohd Masri Mohd Ramli kerana melanggar peraturan tauliah bagi pengajaran agama Islam di Selangor.
Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan berkata pihaknya menasihati individu berkenaan (Mohd Masri) dan semua pihak untuk menghormati proses rayuan yang sedang dilaksanakan.
Beliau berkata penarikan balik tauliah itu disyorkan Jawatankuasa Tauliah selepas siasatan terperinci dijalankan oleh Jawatankuasa Kecil Aduan dan Siasatan selaras dengan Peraturan-Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024.
Siasatan itu menurutnya dijalankan selepas pihaknya menerima aduan awam berhubung salah laku Mohd Masri.
"Berdasarkan laporan dan syor yang diterima, Jawatankuasa Tauliah telah membuat keputusan untuk menarik balik tauliah mengajar kepada individu tersebut berkuat kuasa pada 4 Dis 2024 kerana didapati telah melanggar perenggan 22(b)(iii), 22(c) dan 22(f) Peraturan-Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan hantaran Facebook milik 'Masri Ramli' pada 17 Dis lepas berhubung penarikan balik tauliah mengajar beliau.
Abdul Aziz turut mengesahkan Mohd Masri telah mengemukakan rayuan bertulis terhadap keputusan Jawatankuasa Tauliah dan perkara itu akan ditimbang teliti dan diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.
MAIS juga menggesa semua pemegang tauliah mengajar agama Islam khususnya di Selangor untuk mematuhi dan tidak melanggar atau mempertikaikan fatwa yang telah diwartakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAIS
#tauliah ditarik
#tauliah mengajar
#Mohd Masri Mohd Ramli
#proses rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan