KUALA LUMPUR: Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata berdasarkan laporan statistik suku tahun yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh Malaysia (MBLS), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terdapat 49,500 kekosongan jawatan berkemahiran tinggi bagi sektor pembuatan pada suku kedua 2023.
Beliau berkata selain itu, data pada suku ketiga 2023 daripada Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) melaporkan terdapat sebanyak 22,248 kekosongan pelbagai jawatan bagi industri profesional, saintifik dan teknikal, melibatkan 5,734 syarikat tempatan.
"Sekiranya dilihat pada data-data ini, jumlah penghasilan graduan di Malaysia boleh dianggap mencukupi untuk menampung permintaan daripada industri.
"Namun begitu, kebanyakan daripada mereka memilih untuk bekerja di luar negara berikutan tawaran gaji dan persekitaran kerja yang lebih baik ataupun melibatkan diri dalam ekonomi gig," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai unjuran guna tenaga teknikal kejuruteraan, sains dan teknologi yang diperlukan pelabur pada 2024 memandangkan terdapat kenyataan bahawa kerajaan terpaksa menggunakan tenaga kerja mahir asing yang memberi kesan defisit terhadap peluang pekerjaan graduan tempatan.
Liew turut merujuk laporan kajian bertajuk 'Shifting Tides: Charting Career Progression of Malaysia's Skilled Talents' oleh Institut Penyelidikan Khazanah baru-baru ini yang melaporkan jumlah graduan baharu terlebih kelayakan terus meningkat dan menghadapi masalah gaji rendah, dengan 65.6 peratus graduan pada 2021 menerima gaji permulaan kurang daripada RM2,000.
Mengulas lanjut, beliau berkata MITI dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama kementerian lain mengatur langkah komprehensif bagi memastikan graduan yang menganggur mendapat pekerjaan dalam industri dan sesuai dengan kehendak pelabur, sekali gus memenuhi permintaan pasaran.
"MITI dan KPT bersama kementerian-kementerian (lain) sedang menguruskan program 'work-based learning' untuk memadankan, supaya kita boleh bawa TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) bersesuaian dengan industri bersama program-program lain bagi mewujudkan suasana graduan serta profesional bersama pekerja teknikal yang bersesuaian dengan permintaan industri," katanya.
Beliau berkata walau bagaimanapun, pihak industri juga perlu bersedia untuk membayar gaji yang lebih tinggi kepada graduan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Liew berkata berdasarkan laporan statistik suku tahun yang dikeluarkan oleh MBLS, DOSM terdapat 49,500 kekosongan jawatan berkemahiran tinggi bagi sektor pembuatan pada suku kedua 2023. - Gambar fail/Bernama
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Gaji Premium TVET : Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan TVET yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tiada keperluan beri pihak swasta kendali program Sijil Vokasional Malaysia - KPM
Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
Tawaran gaji rendah punca graduan enggan bekerja dalam sektor kemahiran - MITI
Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat.
Parlimen: Kerajaan beri tumpuan latihan STEM, tingkat pelaburan negara - PM Anwar
Anwar berkata kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, AI dan TVET di peringkat tertinggi.
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).