KUALA LUMPUR: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berjaya mencatatkan rekod apabila mencipta nama dalam Malaysia Book of Records melalui penganjurkan program tazkirah 24 jam yang diiktiraf sebagai “ Longest Non Stop Live Broadcasting Islamic Talk”.
Program bermula 9 malam, 18 Oktober hingga 10 malam, 19 Oktober 2021 diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1443H yang menjadi sebahagian daripada pengisian kepada program Bulan Dakwah 2.0 YADIM.
Bertitik tolak dengan hasrat melestarikan gerakan dakwah, program ini telah melibatkan seramai 24 penceramah dari dalam dan luar negara selama 24 jam, tanpa henti dan secara lengkap membedah buku Sirah Nabawiyah terbitan YADIM yang diterjemah daripada kitab yang terkenal iaitu Al Raheeq Al Makhtum karangan Syeikh Saffiyu Al Rahman Al Mubarakfuri.
Kitab tersebut dipilih kerana ia merupakan salah satu daripada sumber rujukan kontemporari yang terbaik dalam mengkisahkan perjalanan hidup junjungan besar Nabi Muhammad SAW secara lengkap.
Dengan jumlah tontonan secara langsung yang melebihi 500 orang bagi setiap masa, program ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah 44,893 orang peserta dan penonton yang mengikuti program ini secara fizikal dan maya di penghujung catatan masa.
Lebih membanggakan lagi ketika mengumumkan kejayaan mencatatkan rekod tersebut, Eksekutif Akaun, Malaysia Book Of Records, Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi turut mengumumkan bahawa YADIM sebenarnya telah berjaya mencatatkan rekod program selama 25 jam tanpa henti.
Ustaz Nasruddin Hassan selaku Yang Di-Pertua YADIM menegaskan inisiatif ini adalah diharapkan untuk mencetuskan gelombang dakwah di negara ini dan diharap dapat memberi inspirasi kepada banyak pihak yang sama sama mahu melestari gerakan dakwah di Malaysia.
YADIM merakamkan ucapan penghargaan kepada kesemua pihak yang telah terlibat khususnya kepada YAB Perdana Menteri yang menjadi penaung kepada Yayasan ini, YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Bank Islam selaku penaja bersama, Agensi-Agensi Kerajaan, Institusi Pendidikan, Pasukan Sukarelawan dan orang perseorangan yang telah terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan inisiatif tersebut.
YADIM akan terus mempergiat aktiviti kebajikan, pendidikan dan pembangunan sosial yang terangkum dalam konteks dakwah yang luas khususnya sepanjang pelaksanaan Bulan Dakwah 2.0 sehingga penghujung Disember 2021. Program-program yang telah dirancang ini pastinya akan membantu merealisasikan agenda Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Pihak Kerajaan.
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)
Kenyataan Media
Wed Oct 20 2021
Program tazkirah 24 jam itu diiktiraf sebagai "Longest Non Stop Live Broadcasting Islamic Talk".
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
YADIM main peranan beri kefahaman agenda Malaysia MADANI - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, YADIM perlu melipat-gandakan usaha untuk menyebarkan nilai-nilai rahmah dan kasih sayang dalam masyarakat.
Tiga beradik buta usahakan kraftangan, bantal kekabu
Warga emas tiga beradik OKU penglihatan usahakan kraftangan dan bantal kekabu untuk kelangsungan hidup.
Miss Plus World tetap diadakan, penganjur perlu tepati janji
YADIM tetap mengambil pendirian dan keputusan membantah Miss Plus World sekiranya ia diteruskan dan masih menyerupai ala pertandingan ratu cantik wanita.
Santuni asnaf, jangan sampai ada yang tercicir - YADIM
Katanya terdapat aduan yang diterima dari beberapa individu yang mendakwa tercicir dari senarai penerima.
Menteri Hal Ehwal Agama turun padang bantu pelajar IPT terkandas
Dalam ciapannya di Twitter, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata satu penyelarasan akan dibuat antara agensi agama di bawah kendaliannya.
Multaqa Ulama Asia Tenggara medium penyelesaian cabaran umat Islam
Jelasnya, dengan menyalahkan orang lain, ia tidak akan menyedarkan umat Islam itu sendiri untuk menentukan keselamatan dan kemakmuran.
Nik Omar mulakan tugas sebagai YDP YADIM
Pelantikan Nik Omar dan Zolkharnain diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa pada 14 Dis lepas.
Perangi Zionis guna media sosial - Yadim
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyeru orang ramai khususnya umat Islam supaya menggunakan media sosial sebagai platform membantu memerangi keganasan rejim Israel terhadap Palestin.