KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) diharap tetap utuh bersatu dan kekal fokus melaksanakan tanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara terpelihara, walaupun berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan tertinggi ketumbukan itu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata rakyat dan negara amat mengharapkan sebuah angkatan yang benar-benar utuh dan siap siaga agar keharmonian yang dinikmati ketika ini terus kekal.
"Saya ingin merakamkan tahniah kepada Mohammad atas kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai PTD (Panglima Tentera Darat) yang baru.
"Dengan pengalaman luas serta daya kepimpinan yang dimiliki, saya yakin beliau (Mohammad) boleh terajui ketumbukan ini ke tahap lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas antara PTD Ke-28 Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan PTD Ke-29 Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini, semalam.
Pada masa sama, beliau menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Zamrose yang mula bercuti esok sebelum menamatkan perkhidmatan pada 21 Sept ini selepas hampir 43 tahun berkhidmat.
"Terima kasih diucapkan kepada Zamrose atas khidmat bakti yang besar kepada nusa dan bangsa.
"Beliau terkenal dengan sikap tegas dan utamakan tugas, telah membawa TDM ke aras tinggi sebagai sebuah angkatan.. yang dipercayai rakyat untuk memelihara kedaulatan negara," katanya.
Katanya, TDM dapat menyiapkan kesiapsiagaannya dengan aset baharu dan membolehkan ketumbukan itu menjalankan peranan dengan lebih berkesan.
Dalam pada itu, Mohammad yang sebelum ini merupakan Timbalan PTD dengan pangkat leftenan jeneral telah dinaikkan pangkat kepada jeneral bagi menjawat tampuk pimpinan tertinggi TDM itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
Mohamad (dua, kiri) bersama Affendi menyaksikan penyerahan tongkat kuasa daripada Zamrose (kiri) kepada Mohammad (kanan) pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima tugas Panglima Tentera Darat di Wisma Pertahanan, semalam. --fotoBERNAMA
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
Mesyuarat SMCC akan diadakan setiap tahun - Mohamad Hasan
Mesyuarat Majlis Penyelarasan Saudi-Malaysia (SMCC) yang pertama kali diadakan di sini pada Selasa akan dijadikan acara tahunan.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Lawatan rasmi: Mohamad Hasan ke Arab Saudi dari 10 hingga 14 Disember
Mohamad akan mempengerusikan bersama mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia dengan rakan sejawat, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud.
BRICS: Penyertaan Malaysia tidak kurangkan peranan dalam OIC dan NAM - Mohamad
Penyertaan Malaysia dalam BRICS sebagai rakan tidak mengurangkan peranan negara dalam OIC dan NAM.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.