awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TDM tingkat pemantauan di seluruh sempadan di Sabah

Bernama
Bernama
16/05/2020
20:50 MYT
TDM tingkat pemantauan di seluruh sempadan di Sabah
Ahmad Hasbullah turut meminta orang ramai menjadi mata dan telinga dalam membantu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa. - Gambar fail
Tentera Darat Malaysia (TDM) terus meningkatkan pemantauan di semua sempadan negeri Sabah dalam usaha memastikan ia tidak dibolosi anasir luar.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata Malaysia telah menubuhkan pasukan petugas kebangsaan bagi menentukan perairan serta daratan negara tidak mudah dibolosi.
"Kebanyakan lorong tikus ini sudah lama wujud. Bagaimanapun, kita telah mengarahkan Panglima Medan Timur mengkaji serta memperketat kawalan di semua kawasan dikenal pasti.
"Kita sudah mengaturgerak antara 80 hingga 150 anggota menerusi operasi yang kita kenali sebagai Ops Kerangka bagi meningkatkan pemantauan," katanya selepas Lawatan ke Kawasan Pengoperasian Penguatkuasaan Perintah Kawala Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan bertanggungjawab (KTJ) Divisyen Kelima Infantri, di sini pada Sabtu.
Turut hadir Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima Lima Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass.
Dalam pada itu, Ahmad Hasbullah turut meminta orang ramai menjadi mata dan telinga dalam membantu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.
"Selaku jentera kerajaan, kita mengakui kawasan yang berada di bawah pemantauan adalah terlalu luas. Oleh itu, kita perlukan kerjasama semua pihak amat diperlukan terutama sewaktu musim pandemik ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi
#dibolosi
#kawalan
#lorong tikus
#operasi
#Ops Kerangka
#pasukan petugas kebangsaan
#pemantauan
#perairan
#PKP
#Sabah
#sempadan
#tentera
#Tentera Darat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan