PASIR MAS: Rumah pusaka berusia lebih 100 tahun di Kampung Pohon Celagi di sini, kini hanya tinggal kenangan buat pemiliknya, Wan Khadijah Wan Ibrahim apabila rumah itu roboh menyembah bumi, Rabu lepas.
Wanita berusia 77 tahun itu merupakan pemilik kediaman pertama yang musnah dalam kejadian tebing runtuh di Sungai Kelantan berhampiran Dataran Air Muleh dekat kampung berkenaan.
"Rumah nenek boleh dikatakan tempat kelahiran keluarga nenek daripada arwah mak, kelima-lima anak malah cucu-cucu turut membesar di rumah pusaka ini. Sejak dilahirkan, nenek membesar di sini namun benda sudah berlaku jadi kita reda dengan ketentuan Allah.
"Sekarang hanya tinggal kenangan sebab hampir 80 peratus rumah termasuk ruang tamu dan dapur musnah dengan banyak perabot rosak," katanya ketika ditemui Bernama di kampung tersebut, semalam.
BACA: Lebih 50 penduduk dipindahkan dalam insiden tanah runtuh di Pasir Mas
BACA: Tanah runtuh Pasir Mas: JPS, JKR diarah lakukan kajian segera - MB
Bercerita lanjut, Wan Khadijah yang menetap bersama anak perempuan sulungnya yang berusia 59 tahun berkata rumahnya runtuh kira-kira 9.30 pagi, pada hari kejadian.
Beliau menyedari kediamannya berdepan bahaya selepas terdengar bunyi dentuman kuat apabila benteng sungai yang terletak hampir 50 meter di kawasan tanah rendah dari rumahnya itu runtuh kira-kira 5.30 pagi.
"Masa itu, kami bangun bersiap untuk solat Subuh dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dekat kawasan tebing sungai. Kemudian, kami nampak benteng sungai dekat kawasan di bawah rumah sudah runtuh.
"Selepas itu, kami bertindak keluar dari rumah, terus menuju ke rumah jiran berdekatan dan menumpang sementara sebab bimbang keselamatan kami.
"Alhamdulillah nenek dan anak terselamat daripada sebarang perkara tidak diingini," katanya yang kini menetap sementara di rumah anak keempatnya di Kampung Kubang Panjang Lemal, di sini.
BACA: Kerajaan negeri perlu keluar arahan henti aktiviti korek pasir Sungai Kelantan
BACA: KASA peruntuk RM100,000 elak hakisan tanah lebih serius di Kampung Pohon Celagi
Ditanya mengenai bantuan yang diperlukannya, Wan Khadijah berharap pihak kerajaan dapat memberi sumbangan sewajarnya kepada penduduk yang terjejas selain menyelesaikan perkara itu secepat mungkin termasuk penyelesaian jangka panjang supaya kejadian sama tidak berulang.
Pada Rabu, media melaporkan sebanyak empat rumah musnah susulan kejadian tebing runtuh di kampung berkenaan dan kesemua 45 keluarga merangkumi 98 penduduk yang mendiami kawasan berkenaan telah dipindahkan ke kawasan yang selamat.
Sementara itu, seorang lagi penduduk kampung, Suziyatul Akma Zakaria, 37, pula berharap pihak berkaitan mempertimbang untuk menyediakan penempatan sementara yang lebih selesa kepada penduduk yang terjejas.
"Sememangnya pihak berkuasa telah menyediakan pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna dekat pekan Pasir Mas tetapi ramai penduduk tidak duduk di situ sebab keadaan yang kurang selesa malah turut bimbang dengan pandemik COVID-19.
"Jadi, kebanyakan penduduk menyewa sementara rumah dan ada yang menumpang di rumah saudara-mara sebab lebih selesa serta mudah menguruskan hal peribadi termasuk anak-anak yang menjalani kelas secara dalam talian dan sebagainya," katanya yang masih tinggal bersama lima ahli keluarganya di rumah yang terletak kurang 100 meter dari kawasan tebing sungai berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021
Wan Khadijah bersama ahli keluarga semasa menyambut Aidilfitri tahun lepas di rumahnya di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas. - foto bernama.com
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.