MALAYSIA
AS tegaskan tarif import tidak sasarkan ASEAN, langkah global tangani defisit perdagangan

Rubio menegaskan bahawa langkah mengenakan tarif import oleh AS terhadap pelbagai produk import bukan bertujuan memencilkan ASEAN. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) menegaskan bahawa langkah mengenakan tarif import terhadap pelbagai produk import bukan bertujuan memencilkan mana-mana negara termasuk ASEAN.
Ia sebaliknya merupakan tindakan berskala global bagi menangani defisit perdagangan yang berlarutan sejak puluhan tahun yang didepani Amerika.
Demikian kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, ketika menjawab pertanyaan sama ada tarif berkenaan boleh menjejaskan hubungan AS dengan ASEAN.
“Saya tidak bimbang tentang perkara itu. Ia tidak akan berlaku kerana tarif ini dikenakan secara global, bukan terhadap satu negara atau satu rantau tertentu.“Tetapi secara keseluruhan, ini bukan langkah terhadap mana-mana negara secara khusus.
“Ia bersifat global, kerana defisit perdagangan AS terlalu besar dan tidak mampan. Kami tiada pilihan selain menanganinya,” katanya.
Menurut Rubio, Amerika mengalami defisit perdagangan yang besar selama 20 hingga 30 tahun dengan banyak negara termasuk di benua Eropah, Kanada, Mexico, serta rantau Asia Tenggara dan perkara itu perlu ditangani secara menyeluruh.
“Presiden hanya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami