KUALA LUMPUR: Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh diguna pakai untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pakar dalam bidang keselamatan siber buat masa ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
"Apabila kita teliti terutama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, 'cohort' yang menyediakan tenaga pakar dalam keselamatan siber ini masih kecil... teknologi AI boleh digunakan untuk membantu dalam aspek keselamatan siber walaupun kita kekurangan pakar.
"Namun, secara asasnya kita masih memerlukan tenaga pakar, contohnya organisasi perlu mewujudkan jawatan yang dikenali sebagai CISO (Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat) dan ini penting untuk mengendali dan menyelaras aspek keselamatan siber dalam organisasi," katanya pada sidang media selepas merasmikan PNB Planet Cyber 2023, anjuran Permodalan Nasional Bhd (PNB), di sini pada Selasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lepas berkata Malaysia kekurangan pakar keselamatan siber memandangkan negara hanya memiliki 13,000 daripada 25,000 pekerja yang diperlukan dalam bidang itu menjelang 2025.
Menyentuh mengenai kemajuan pelaksanaan teknologi 5G di Malaysia, Fahmi berkata kesemua penyedia perkhidmatan komunikasi (MNO) telah diberikan deraf Perjanjian Langganan Saham semalam dan kini dalam proses memperincikan beberapa perkara berbangkit.
"Sejurus kita mencapai 80 peratus (liputan kawasan berpenduduk) barulah kerajaan akan mengumumkan pembentukan entiti kedua.
"Sama ada MNO mencapai persetujuan bersama, MNO mana yang akan membentuk entiti A dan B, atau MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan putuskan," katanya.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Fahmi berkata semua pihak perlu memastikan aspek perlindungan data termasuk data peribadi pengguna dijamin susulan banyak berlaku serangan siber.
"Apa sahaja yang disambungkan ke Internet akan terdedah kepada pelbagai risiko dan ancaman siber.
"Oleh itu, Malaysia sentiasa memberikan keutamaan kepada strategi keselamatan siber yang pragmatik bagi memastikan kita mempunyai ruang siber yang terjamin, dipercayai dan berdaya tahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Fahmi berkata semua pihak perlu memastikan aspek perlindungan data termasuk data peribadi pengguna dijamin susulan banyak berlaku serangan siber. - Foto BERNAMA
Catat jualan RM154 bilion pada Mac 2025
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong oleh subsektor dalam perdagangan runcit dan borong.
Pembinaan pesawat rondaan maritim TUDM capai 60 peratus
Pembinaan dua buah pesawat rondaan maritim atau maritime patrol aircraft (MPA) model p-72m untuk Tentera Udara Diraja Malaysia kini telah mencapai kemajuan lebih 60 peratus.
Perubahan tarif AS-China beri kesan pengeluar sarung tangan
Sebarang perubahan dalam struktur tarif antara Amerika Syarikat dan China dijangka memberi kesan langsung kepada pengeluar sarung tangan di Malaysia.
Apple pertimbang naikkan harga iPhone baharu
Apple sedang mempertimbangkan menaikkan harga produk iPhone baharu sejajar dengan penambahan ciri-ciri baharu dan perubahan reka bentuk.
Mexico bantah penggantungan import lembu oleh A.S.
Mexico menyatakan bantahan terhadap keputusan Amerika Syarikat untuk menggantung import haiwan ternakan berikutan kebimbangan terhadap kehadiran cacing skru.
Pelan Kemajuan Halal 2030 bakal dilancarkan tahun ini
Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 sedang diperhalusi dan akan dilancarkan tahun ini, bagi memperkasakan ekosistem halal negeri secara menyeluruh.
Keputusan subsidi RON95 akan ambil kira ekonomi semasa
Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95.
UMS wujudkan Grid Centre pertama di Kepulauan Borneo
Universiti Malaysia Sabah (UMS) wujudkan pusat data infrastruktur hijau tahan lasak atau grid center yang pertama di kepulauan Borneo.

Nahas FRU: Kerosakan lori tidak patut berlaku jika ujian Puspakom dipatuhi - Ahmad Zahid
Perkara itu tidak akan berlaku jika kenderaan tersebut menjalani pemeriksaan secara berkala.
Perkembangan nahas trak FRU
Khalis Khadir bawakan perkembangan terkini nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Perskeutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak.

Malaysia tekankan kepentingan kerjasama ASEAN-Kanada dalam teknologi termaju
Malaysia turut berkongsi keutamaan selaku Pengerusi ASEAN 2025 yang sejajar dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan".

Pekerja, pemimpin perniagaan Malaysia sokong AI untuk dorong produktiviti - Microsoft
Menurut Microsoft, pemimpin dan pekerja di Malaysia kini semakin biasa dengan penggunaan ejen AI.

Penggunaan AI jejas kebebasan media - CIJ
Teknologi AI kini bukan sekadar alat sokongan tetapi telah menjadi pengganti kepada tenaga kerja manusia.

Himpunan Hari Pekerja 1 Mei: Penganjur gesa kerajaan pinda akta penggunaan AI
Penganjur Himpunan Hari Pekerja 1 Mei menggesa kerajaan meminda akta penggunaan AI agar keselamatan pekerja terjamin.

Pengamal media perlu berani manfaatkan AI, elak langgar etika
Wartawan juga perlu berkembang dari segi kemahiran dan pengetahuannya, untuk beradaptasi dengan teknologi AI dalam urusan kerja.

PM mahu bidang digital, AI dikuasai di peringkat sekolah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bidang digital dan kecerdasan buatan (AI) adalah teknologi masa hadapan yang harus dikuasai terutama di peringkat sekolah.

Adaptasi AI peroleh momentum dalam kalangan agensi, syarikat tempatan - NEC Malaysia
Agensi dan syarikat tempatan mula mengadaptasi kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi digital mereka.

Salah laku seksual termasuk gambar lucah AI, sekolah swasta perlu ada SOP
Sekolah swasta perlu mempunyai prosedur operasi standard (SOP) lebih baik dalam mendepani situasi salah laku seksual, termasuk aduan kes gambar lucah yang dijana menggunakan teknologi kecerdasan buata

Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi teknologi AI - PM Anwar
Malaysia perlu mempercepat eksplorasi dan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan menggalakkan inovasi dan mengadaptasi pendekatan rentas kementerian dan agensi secara menyeluruh.

JSJK guna AI bagi penguatkuasaan, siasatan jenayah komersial
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial.