awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teknologi maklumat, AI main peranan penting dalam pendidikan - Raja Muda Kedah

Bernama
Bernama
12/10/2024
20:20 MYT
Teknologi maklumat, AI main peranan penting dalam pendidikan - Raja Muda Kedah
Tengku Sarafudin Badlishah bertitah pada Majlis Pemasyhuran Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sarafudin Badlishah dan Anugerah Kecemerlangan 2024 di Kulim, 12 Okt 2024. --fotoBERNAMA
KULIM: Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin bertitah teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI) memainkan peranan yang semakin penting dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk pendidikan.
Baginda bertitah penggunaan AI dalam pendidikan dapat membantu memperkaya pengalaman pembelajaran dan meningkatkan keberkesanan pengajaran.
"Sebagai contoh, AI dapat digunakan untuk mencipta bahan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan dan kemampuan setiap murid.
"Selain itu, AI juga boleh digunakan untuk menyediakan maklum balas segera kepada murid, membantu mereka memahami konsep-konsep yang sukar dengan lebih baik," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Pemasyhuran Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sarafudin Badlishah dan Anugerah Kecemerlangan 2024 di sini semalam.
Tengku Sarafudin Badlishah bertitah bagaimanapun, penggunaan teknologi AI dalam pendidikan juga membawa cabaran tersendiri dan harus digunakan dengan bijak untuk mencipta karya akademik yang benar-benar mencerminkan kemampuan dan pemahaman murid.
Baginda turut menegaskan, dalam dunia yang semakin berkembang pesat, masyarakat khususnya pelajar perlu berhati-hati dan bertanggungjawab termasuk dalam penggunaan Internet.
"Internet ialah ruang yang luas dan tidak semua maklumat yang kita peroleh adalah benar. Murid-murid perlu bijak menilai sumber maklumat dan memastikan kita hanya menggunakan bahan yang sahih dan berkualiti.
"Selain itu, media sosial juga hendaklah digunakan dengan cara yang berhemah. Ketika meninggalkan komen atau pandangan di media sosial, gunakanlah bahasa yang beradab kerana komen atau ayat-ayat kita itu mencerminkan peribadi kita," titah baginda.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teknologi Maklumat
#raja muda kedah
#kecerdasan buatan
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan