KUALA LUMPUR: Teleport, cabang logistik Capital A Bhd sudah bersedia untuk mempercepat operasinya susulan daripada aktiviti rancak pelancongan dan kapasiti kargo pesawat penumpang di Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak berkata pembukaan semula sempadan antarabangsa juga akan membolehkannya menjalankan operasi sepenuhnya.
"Ini terbukti dengan peningkatan hasil menerusi kapasiti kargo serta kuantiti penghantaran kami yang meningkat sebanyak 60 peratus suku ke suku, yang membolehkan kami mencapai keuntungan dalam penghantaran rentas sempadan pada bulan Mac.
"Kami berusaha untuk memastikan kami berada di hadapan dengan kelebihan daya saing kami dalam rangkaian dan teknologi yang menjadi teras utama.
"Kini masa yang sesuai untuk kami menggandakan misi kami menghubungkan lebih banyak rangkaian di Asia Tenggara dan melaksanakannya lebih pantas berbanding orang lain," kata Pete dalam satu kenyataan.
Tahun lepas, perolehan Teleport meningkat 58 peratus kepada RM147 juta tahun ke tahun, disumbangkan terutamanya daripada pelaburan dalam rangkaian pengangkutan kargo dan tumpuan berterusan dalam penghantaran e-dagang.
Sementara itu, syarikat tersebut juga mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah baharu.
Ia melantik Augustus Ralph Marshall sebagai pengerusi bebas bukan eksekutifnya. Ralph juga kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Bhd (DNB).
Teleport juga melantik Olivier Petra, pengarah bebas bukan eksekutif. Olivier merupakan ketua global rantaian bekalan dagangan digital di Unilever.
Ahli lembaga pengarah yang baharu dilantik itu akan menyertai Tan Sri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun, Hanim Hamzah, Bo Lingam, Colin Currie dan Pete untuk menyelia hala tuju strategik syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
Teleport mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah baharu iaitu Augustus Ralph Marshall (kiri) sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif dan Olivier Petra, pengarah bebas bukan eksekutif (kanan). - Foto Teleport
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Amazon Web Services, Masdar
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat berasingan daripada delegasi syarikat AWS dan Masdar di pejabat beliau di Putrajaya bagi membincangkan perancangan pelaburan dua syarikat itu di Malaysia.
KPWKM ke arah perkukuhkan industri penjagaan
KPWKM menerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) telah melatih lebih 61 penjaga setakat tahun lepas dan menyasarkan untuk melatih 385 penjaga lagi tahun ini.
10 Berita Pilihan - (29 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kesihatan 'Timoh London' semakin merosot, keluarga mohon doa
Sejak berusia tiga tahun, Fatimah mencuri perhatian ramai kerana kefasihan kanak-kanak itu bertutur dalam dialek Kelantan.
SQ321: Perubahan pantas daya graviti mungkin sebabkan kecederaan penumpang - Laporan awal
Siasatan awal ke atas insiden gelora udara baru-baru ini melibatkan penerbangan Singapore Airlines SQ321 mendapati perubahan pantas dalam daya graviti (G) yang menyebabkan penurunan altitud.
PM Anwar lancar Kitab Fiqh terjemahan bahasa Melayu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu di Kompleks Seri Perdana di sini.
Tumpuan Khamis – 30 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis Melaka tahan 17 individu disyaki curi kabel sejak setahun lepas
Polis Melaka menahan sekumpulan 17 individu selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) di sekitar negeri itu sejak setahun lepas.
Isu Parallel Pathway: Menteri Kesihatan bentang kertas cadangan kepada Kabinet 5 Jun ini
UiTM menjadi satu-satunya universiti yang menawarkan program Parallel Pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotorasik.
Pesawat A321 Teleport bolehkan tawaran khidmat logistik pada harga berpatutan - Tony
A321F akan membolehkan perkhidmatan logistik ditawarkan pada harga berpatutan, berkhidmat sebagai penyedia logistik udara sepenuhnya.
Agong berkenan hadiri majlis perasmian pesawat kargo A321 Teleport
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri majlis perasmian pesawat kargo A321 milik Teleport.
Teleport raih RM220 juta daripada pelabur institusi bagi pengembangan operasinya
Pete Chareonwongsa berkata, misi mereka adalah untuk menyampaikan secara konsisten lebih baik daripada orang lain di Asia Tenggara.
Teleport sedia percepat operasi, umum ahli lembaga pengarah baharu
Pembukaan semula sempadan antarabangsa membolehkan Teleport menjalankan operasi sepenuhnya.
Reboot Now: Perubahan bukan sekadar adaptasi, tetapi demi kemajuan perniagaan
Dunia kini berubah dengan cukup pantas dan perubahan yang berlaku bukan hanya memberi impak kepada PKS tetapi juga organisasi besar.
Kempen S.O.S AirAsia terima sambutan menggalakkan peniaga
Sejak kempen itu dilancarkan, Teleport telah menerima lebih 3,600 permohonan daripada peniaga.
AirAsia 3.0: Pelan Digitalisasi di landasan tepat ke arah menjadi syarikat digital
Ini sejajar dengan hasrat Tan Sri Tony Fernandes menjadikan AirAsia lebih daripada sebuah syarikat penerbangan.