LUMUT: Pantai Teluk Senangin dipilih sebagai tapak pertama pelaksanaan kempen Laut Bebas Plastik peringkat Negeri Perak.
Pemilihan pantai peranginan itu bertepatan dalam usaha kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan untuk menjaga kelestarian alam sekitar sebagai lokasi tumpuan orang ramai bercuti setiap hujung minggu.
Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, bahan buangan marin (marine debris) yang didominasi oleh plastik menjadi isu persekitaran global yang mengancam biodiversiti marin dan pesisir pantai termasuk di Teluk Senangin.
Menurutnya, kajian dijalankan menunjukkan pencemaran plastik menggugat rantaian makanan laut negara kepada tahap yang membimbangkan.
"Jabatan Perikanan telah merangka dan melaksanakan pendekatan holistik melalui kempen ini untuk mengurangkan pencemaran mikroplastik dengan menghentikan pertambahan plastik ke dalam laut.
"Pencemaran mikroplastik ini adalah kesan daripada sampah plastik yang memasuki ke sistem sungai dan ke laut mengikut arus dan seterusnya memecah membentuk saiz kurang dari 1 milimeter.
"Jadi di pihak kerajaan negeri, kita mengharapkan agar kempen ini diteruskan di Perak bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai bahaya ancaman pencemaran plastik terutama mikroplastik demi pengekalan ekosistem laut negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Laut Bebas Plastik@Save Our Sea dan Program Melabuh Unjam Jabatan Perikanan Negeri Perak di tapak myKomuniti Perikanan Teluk Senangin di sini pada Khamis.
Dalam program itu, sebanyak 100 unjam jenis gelung dilabuhkan di perairan Teluk Senangin bagi mewujudkan persekitaran baharu habitat ikan untuk pembiakan serta memperkayakan sumber perikanan.
Razman berkata, pembiakan ikan di kawasan unjam-unjam itu secara tidak langsung membolehkan nelayan di kawasan Teluk Senangin dan sekitarnya mendapat manfaat.
"Pemuliharaan sumber perikanan di perairan Teluk Senangin sebagai kawasan penangkapan ikan dan aktiviti agro pelancongan amatlah penting.
"Langkah ini perlu dijayakan semua pihak demi tanggungjawab menjaga habitat, sumber ikan dan keselamatan makanan dengan pengurusan yang mapan melalui kelestarian sumber dan peningkatan taraf hidup nelayan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perikanan Perak, Noraishah Hashim berkata, penggunaan single use plastic atau plastik sekali guna seperti botol air mineral dalam aktiviti harian telah menyumbang kepada masalah tidak mesra alam iaitu plastik tidak boleh dilupuskan secara biologi (biodegradable).
Katanya, sebagai contoh, botol air minuman plastik yang terapung di lautan boleh bertahan sehingga 500 tahun sebelum terpecah kepada saiz yang lebih kecil dikenali sebagai mikroplastik.
"Melalui aktiviti Beach Clean Up, kita berjaya membersihkan sampah plastik yang bersaiz besar tetapi ancaman mikroplastik masih lagi wujud termasuklah di sepanjang pantai ini," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 09 2022

Razman (kanan) ketika menyertai aktiviti gotong-royong di Pantai Teluk Senangin. - Foto Jabatan Perikanan Perak

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
AWANI Ringkas: Polis giat kesan suspek warga tempatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#Ringkas 9 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Februari 2025
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas

Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.

Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.

Kanak-kanak lelaki hilang di Teluk Senangin ditemukan maut oleh nelayan
Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Faris Irfan ditemui dua batu nautika dari kawasan pantai pada jam 8.20 pagi.

Teluk Senangin lokasi pertama kempen Laut Bebas Plastik
Teluk Senangin lokasi pertama kempen Laut Bebas Plastik