awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembok sekolah antarabangsa di TTDI runtuh, tiada mangsa terjejas

Amirul Aiman
Amirul Aiman
23/04/2025
02:50 MYT
Tembok sekolah antarabangsa di TTDI runtuh, tiada mangsa terjejas
Antara kenderaan yang turut terjejas susulan kejadian tembok runtuh akibat tanah runtuh di sebuah sekolah antarabangsa di Taman Tun Dr Ismail pagi ini. - Foto JBPM KL
KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh berlaku di Lorong Datuk Sulaiman 2, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini pagi ini, mengakibatkan keruntuhan dinding tembok sebuah sekolah antarabangsa.
Bagaimanapun, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, tiada mangsa dilaporkan terlibat.
JBPM Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi sistem MERS999 pada jam 7.18 pagi dan segera mengerahkan anggota ke lokasi.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TTDI dan BBP Sri Hartamas tiba dengan dua jentera FRT dan satu EMRS bersama 15 anggota bagi menilai dan mengawal keadaan di tempat kejadian.
Komander Operasi Azkhan Hamdan memaklumkan, kejadian dipercayai berpunca daripada runtuhan tanah sehingga menyebabkan sebahagian struktur sekolah terjejas.
Foto JBPM Kuala Lumpur
Foto JBPM Kuala Lumpur
Foto JBPM Kuala Lumpur
Foto JBPM Kuala Lumpur
Foto JBPM Kuala Lumpur
Foto JBPM Kuala Lumpur
Antara yang terlibat ialah bilik darjah, bilik guru, tandas, perpustakaan serta dua buah kenderaan di premis terbabit.
Pihak bomba menjalankan penilaian keselamatan di lokasi dan menyerahkan tindakan lanjut kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.55 pagi.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#sekolah antarabangsa
#TTDI
#bomba
#tembok sekolah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan