CYBERJAYA: Tempoh menunggu rawatan kanser di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) ambil masa sebulan bergantung kepada tahap kesihatan pesakit, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Bagaimanapun, katanya, sekiranya pesakit itu dikenal pasti berdepan kecemasan rawatan akan dilakukan dengan segera.
Katanya bagi pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) dan kemudian di diagnos memerlukan rawatan susulan, pakar perubatan akan terus membuat surat rujukan kepada hospital KKM.
"Kalau dinyatakan sebagai kecemasan perubatan, dia segera akan dirawat. Kalau tidak pun, dia diberikan masa paling lewat sebulan tapi ia bergantung kepada keseriusan kes tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia, di sini hari ini.
Beliau berkata KKM juga turut menjalin kerjasama dengan fasiliti perubatan swasta dan hospital universiti seperti Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan bagi rawatan kanser sebagai usaha untuk mengurangkan waktu menunggu.
Beliau berkata terdapat sembilan fasiliti KKM yang menawarkan perubatan onkologi antaranya Hospital Kuala Lumpur, Institut Kanser Negara dan Hospital Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata kes kanser di Malaysia juga semakin meningkat iaitu sebanyak 168,822 kes dilaporkan menerusi Registri Kanser Malaysia bagi tempoh lima tahun dari 2017 hingga 2021 dengan kanser payu dara, kolorektal, paru-paru, limfoma dan hati adalah lima kes kanser tertinggi direkodkan.
Mengambil kira angka kes itu, beliau menyeru semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama kerajaan dalam membantu aspek penjagaan kanser serta memberi sokongan kepada pesakit.
Hari Kanser Sedunia disambut pada 4 Feb setiap tahun dengan tema kempen tahun ini 'Merapatkan Jurang Penjagaan Kanser'.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika bertemu pengamal media pada Sambutan Hari Kanser Sedunia di Universiti Cyberjaya hari ini. - Foto Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KKM nafi rawatan pesakit kanser dihentikan di hospital kerajaan akibat COVID-19
Tegasnya, KKM komited untuk memastikan perkhidmatan terhadap rakyat akan terus diberikan.