TELUK INTAN: Satu tengkorak dan beberapa cebisan tulang dipercayai tulang manusia, ditemui di sebuah ladang kelapa sawit Seri Intan, Batu 5, Jalan Maharajalela di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata, tengkorak dan cebisan tulang itu ditemukan berselerakan di dalam ladang berkenaan oleh seorang pekerja warga Bangladesh, yang sedang meracun rumput liar sebelum Polis Bantuan di ladang berkenaan segera memaklumkan kepada pihak polis, kira-kira pukul 11.30 pagi.
Ahmad Adnan berkata susulan itu, Unit Forensik D10 bersama Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, segera ke lokasi kejadian dan mengumpul cebisan tulang dipercayai manusia sebanyak 22 spesimen, serta sampel tanah untuk siasatan lanjut.
"Tiada penemuan lain sama ada pakaian atau apa-apa senjata ditemui di tempat kejadian, untuk mengaitkan dengan unsur-unsur jenayah.
"Tengkorak disyaki manusia dijumpai di kawasan pokok kelapa sawit yang berusia setahun setengah, dan cebisan tulang tangan, pelvis, gigi dan peha bertaburan di kawasan tersebut, berjarak antara 10 hingga 20 meter antara satu sama lain, dipercayai dimakan haiwan liar iaitu biawak dan anjing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Adnan berkata, tengkorak dan cebisan tulang berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.
Katanya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pihak polis, bagi membantu siasatan untuk mengesan indentiti mangsa.
Bernama
Wed May 26 2021
Tengkorak dan cebisan tulang berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Tengkorak, tulang dalam ladang sawit milik Mona Liza
Polis menerima laporan berhubung penemuan tulang manusia pada 13 September lepas jam 6 petang daripada pengurusan ladang tersebut.
Warga emas hilang ditemui tinggal rangka, tengkorak
Tengkorak dan rangka manusia itu ditemui seorang pekerja kedai tayar kira-kira jam 6 petang sebelum memaklumkan kepada polis.
Tengkorak manusia ditemukan di Pendang
Pemeriksaan lanjut di sekitar lokasi berkenaan bagaimanapun tidak menemukan bahagian tulang lain.
Tengkorak, cebisan tulang ditemukan di ladang sawit
Satu tengkorak dan beberapa cebisan tulang dipercayai tulang manusia, ditemui di sebuah ladang kelapa sawit Seri Intan, Batu 5, Jalan Maharajalela.
Rata tanah jumpa tengkorak, tulang manusia
Satu tengkorak bersama beberapa cebisan tulang berselerak dipercayai manusia ditemui di sebuah kebun getah di kawasan Rimba Kuin.
Mayat reput ditemukan di pesisir Pantai Kemasik
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata mayat tanpa pakaian itu dijumpai orang awam yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis.
Tergamak, ibu paksa remaja tinggal bersama mayat nenek sejak 2016
Polis Seguin menahan seorang wanita selepas disyaki membiarkan anak perempuannya tinggal bersama dengan mayat ibunya yang dilaporkan telah meninggal dunia sejak 2016, di Texas, Amerika Syarikat.
Mayat tidak sempurna ditemui di belakang limbungan
Pemeriksaan awal yang dilakukan keatas mayat mendapati tiada indikasi atau tanda-tanda kecederaan fizikal.
Tengkorak dalam tempayan: Tiada unsur jenayah - Polis
Polis tidak menolak kemungkinan kesemua tengkorak dan tulang manusia yang ditemukan dalam tempayan di kawasan bukit itu dipindahkan dari tempat lain untuk disemadikan di lokasi berkenaan.
Tengkorak, tulang manusia dijumpai dalam tempayan
Kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) menemukan empat tengkorak dan beberapa tulang manusia di dalam empat tempayan di kawasan bukit berhampiran Kampung Baru Nalla dekat Tronoh di sini hari ini.