awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengkorak manusia ditemukan di Pendang

Bernama
Bernama
19/12/2021
22:01 MYT
Tengkorak manusia ditemukan di Pendang
Tengkorak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar patologi. - Foto BERNAMA
PENDANG: Satu tengkorak dipercayai milik manusia ditemukan di tepi jalan Simpang Tiga, di sebuah pasar tani di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 9.55 pagi mengenai penemuan tengkorak bersebelahan tong sampah besar di kawasan pasar tani itu.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut di sekitar lokasi berkenaan bagaimanapun tidak menemukan bahagian tulang lain.
"Pihak forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah dipanggil bagi membantu siasatan, namun hasil pencarian oleh K9 di sekitar kawasan dan dalam tong sampah berdekatan tidak menemui cebisan kerangka lain atau bahan-bahan bukti lain," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sehubungan itu, Arriz Sham berkata tengkorak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar patologi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati, tengkorak itu dipercayai milik lelaki berusia lingkungan 40-an yang dipercayai bukan warga tempatan.
Katanya kes itu setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tengkorak
#Jabatan Forensik
#Pendang
#Hospital Sultanah Bahiyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan