Usai tujuh hari berkelana di luar tanah Selangor, hari ini anakanda bongsu Sultan Selangor, Tengku Amir Shah berangkat kembali ke Istana Alam Shah di sini bagi menyempurnakan Istiadat Mengadap dan Menjunjung Duli sempena Pemasyhuran Gelaran Raja Muda Selangor.
Tengku Amir Shah memulakan istiadat dengan menjunjung duli dan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin untuk mempersembahkan cenderamata.
Majlis diikuti ucapan tahniah oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mewakili seluruh rakyat Selangor kepada Tengku Amir Shah atas pemasyhuran gelaran tersebut.
"Ciri-ciri kepahlawanan ini sememangnya tradisi dan jati diri yang mengalir dalam darah terluhur yang membangun kerajaan, mencipta keteraturan dan sistem pemerintahan di seantero nusantara.
"Patik dan sekalian rakyat ingin menyembah taat setia ke atas Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor dan memperbaharui ikrar mempertahankan Institusi Raja Berperlembagaan," katanya.
Mohamed Azmin turut diapit Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping mewakili kaum Cina dan V. Ganabatirau mewakili kaum India.
Turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Tengku Amir Shah ialah Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj yang mewakili waris dan kerabat Diraja, Ahli-ahli Dewan Diraja termasuk Orang-orang Besar Bergelar, Orang-orang Besar Istana dan Orang-orang Besar Daerah.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid membacakan doa sejurus istiadat pemasyhuran selesai.
Tengku Amir Shah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor dalam majlis yang penuh adat isitiadat diraja di Balairung Seri, Istana Alam Shah minggu lalu.
Baginda yang diputerakan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) merupakan hasil perkahwinan antara Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Puan Nur Lisa Idris Abdullah, warganegara AS.
Tengku Amir Shah merupakan anakanda bongsu daripada tiga beradik.
Baginda mendapat pendidikan awal sekolah rendah dan menengah di Alice Smith School, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran di Wellington College, United Kingdom (UK) dari 2004 hingga peringkat A-Level pada 2009.
Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah Sarjana Muda Ekologi dan Biologi Alam Sekitar di Leeds University, UK pada 2014.
Dari 23 September sehingga 5 Disember 2014, Tengku Amir Shah menjalani kursus persediaan ketenteraan yang rapi di Akademi Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Selepas itu, baginda meneruskan latihan ketenteraan Commissioning Course Intake 152 sebelum mendaftar diri di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst, UK dari 3 Mei 2015 hingga 15 April lalu.
Rentetan daripada kejayaan tersebut, baginda ditauliahkan sebagai pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda di Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam satu upacara di Kem Terendak, Melaka pada 19 Julai lalu.
Tengku Amir Shah juga meminati pelbagai jenis sukan seperti golf serta bola sepak dan aktiviti lasak seperti meredah jeram dengan bot, menunggang kenderaan pelbagai bentuk muka bumi (ATV), berbasikal dan paintball.
Baginda seringkali menyertai pertandingan golf antaranya Jemputan Raja Muda Selangor yang dianjurkan di kelab-kelab golf terkemuka di negeri ini.
Sebagai putera raja yang berjiwa rakyat, Tengku Amir Shah tidak melupakan kewajipan memberi khidmat bakti kepada masyarakat.
Baginda merupakan Penaung Diraja bagi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai objektif membantu rakyat bagi meningkatkan taraf kehidupan.
Antara NGO yang dinaungi oleh baginda ialah Yayasan Raja Muda Selangor, Pertubuhan Kebajikan Selangor Cheshire Home, Make a Wish Malaysia dan Selangor Youth Community (SAY).
Baginda turut sama turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat miskin dan menyertai program-program kesedaran kesihatan kepada masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan wabak denggi.
Tengku Amir juga menghadiri majlis-majlis keagamaan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor seperti majlis berbuka puasa dan perasmian masjid.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Oct 15 2016
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin bersemayam di atas singgahsana pada majlis Istiadat Menjunjung Duli Sempena Pemasyhuran Gelaran Tengku Amir Shah (kiri) sebagai Raja Muda. - Foto Bernama
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Negara-negara selatan global hilang percaya akibat ‘leteran’ negara maju - Menteri Luar Sri Lanka
Menteri Luar Negeri Sri Lanka, Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry berkata negara-negara selatan global hilang percaya kepada inisiatif antarabangsa akibat campur tangan berlebihan dalam proses membuat keputusan di peringkat domestik oleh negara-negara utara global. Jelasnya, negara-negara maju perlu berhenti memaksakan penyelesaian kepada semua masalah yang timbul keatas negara-negara membangun. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Hubungan China-AS kelam - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata hubungan China dan Amerika Syarikat tidak akan bertambah baik untuk tahun-tahun mendatang. Jelasnya, kedua-dua negara menggunakan momokkan imej negara pesaing dalam usaha menangani isu-isu domestik, yang secara tidak langsung merugikan dunia. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: China akan atasi AS, sedang belajar menggunakan kuasanya keatas dunia - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata China dilandasan yang betul untuk mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia dalam masa beberapa tahun. Jelasnya, meskipun pertumbuhan ekonomi China perlahan, namun saiz pertumbuhan itu secara relatifnya lebih besar daripada keseluruhan ekonomi Arab Saudi dan Switzerland. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Raja Muda Selangor takluk puncak Gunung Kilimanjaro
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania pada Jumaat.
Pemerkasaan belia bermula dengan pendidikan, rapat jurang kemahiran - Raja Muda Selangor
Baginda tegaskan peri penting memastikan akses kepada pendidikan dan latihan yang disediakan boleh dicapai oleh orang muda disetiap lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan keluarga miskin.
Tanah runtuh Batang Kali: Raja Muda Selangor tinjau operasi SAR
Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit dan diberikan taklimat mengenai operasi SAR tersebut.
Raja Muda Selangor kurnia anugerah belia kepada tujuh penerima
Pengurniaan anugerah itu adalah bersempena sambutan pencapaian lima tahun NGO itu sejak penubuhannya pada 2017.
Kempen tanam 100 juta pokok: 545,000 sudah ditanam di Selangor - Amirudin
Kira-kira 545,000 batang pokok telah ditanam di negeri Selangor melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok sehingga 22 September lalu.
Tengku Amir Shah kesal situasi semasa Selangor FC
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah amat kesal dengan situasi semasa Selangor FC dan berapa insiden melibatkan skuad Gergasi Merah itu ketika ini.
Selangor FC tidak terima bantuan kewangan daripada pasukan lain - CEO
Di bawah kepimpinan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Selangor FC tidak pernah dibantu dari sudut kewangan daripada mana-mana pasukan.
Raja Muda Selangor nafi ada kaitan dengan pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menafikan sebarang hubungan dengan mana-mana pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Fokus saya masa ini adalah bersama keluarga - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul optimis Perdana Menteri akan membentuk Kabinet yang akan dapat membantu rakyat kita untuk mengharungi cabaran COVID-19.
Asah kemahiran kepimpinan dari sekolah lagi - Raja Muda Selangor
Tengku Amir menasihatkan golongan muda mendalami ilmu kepimpinan kerana ia tidak hadir begitu sahaja dan perlu dipraktikkan selalu.