awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Mahkota Kelantan bakal berkahwin 19 April ini

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
06/04/2019
02:07 MYT
Tengku Mahkota Kelantan bakal berkahwin 19 April ini
Tengku Mohamed Faziharudean (dua,kanan) semasa sidang media tersebut. - Foto Sinar Harian
Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra , 45, bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan pasangannya, warga negara Sweden, Cik Sofie Louise Johansson, 33.
Menurut Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal majlis perkahwinan diraja itu bakal dilangsungkan di Istana Balai Besar pada 19 April depan.
Beliau bagaimanapun memaklumkan majlis tersebut diadakan secara sederhana dan kecil-kecilan dengan hanya menjemput kerabat terdekat serta kenalan Baginda sahaja.
"Yang Teramat Mulia Tuanku turut bertitah agar cenderamata-cenderamata bersempena istiadat perkahwinan baginda disumbangkan kepada badan-badan kebajikan di negeri Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK), rumah anak-anak yatim dan orang tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah.
"Yang Teramat Mulia Tuanku berharap agar sekelian rakyat dapat mendoakan perkahwinan baginda kelak akan dipermudahkan dan dirahmati Allah SWT sehingga ke jannah," katanya pada sidang media di Istana Balai Besar di sini, hari ini.
Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra , 45, bakal mengakhiri zaman bujangnya. - Foto Pejabat Istana Kelantan
Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra , 45, bakal mengakhiri zaman bujangnya 19 April ini. - Foto Pejabat Istana Kelantan
Untuk itu katanya, Majlis Pernikahan Diraja kali ini dibuat secara tertutup dengan jangkaan jemputan tetamu sekitar 300 orang sahaja.
Beliau berkata majlis akad nikah pasangan berkenaan akan dilangsungkan di Istana Balai Besar disusuli majlis persandingan yang turut diadakan di tempat yang sama.
Cik Sofie Louise Johansson, 33, merupakan kenalan baginda sewaktu belajar di luar negara dan perkenalan mereka sudah lama terjalin. - Pejabat Istana Kelantan
Cik Sofie Louise Johansson, 33, merupakan kenalan baginda sewaktu belajar di luar negara dan perkenalan mereka sudah lama terjalin. - Pejabat Istana Kelantan
Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamed dijangka akan menyempurnakan majlis akad nikah pada malam 19 April nanti.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pasangan Baginda merupakan kenalan baginda sewaktu belajar di luar negara dan perkenalan mereka sudah lama terjalin.
Topic Berkaitan
#bersanding
#Cik Puan Sofie Louise Johansson
#kerabat Kelantan
#Kota Bharu
#perkahwinan
#perkawinan diraja
#Tengku Muhammad Faiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan