KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini menegaskan kelulusan projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 yang didakwa dibuat selepas Parlimen dibubarkan, dibuat mengikut peraturan sedia.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) kini dalam proses untuk menganugerahkan projek bernilai RM2 bilion secara rundingan terus kepada sebuah syarikat kontraktor yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO.
Syarikat itu juga didakwa telah mendapat kelulusan daripada Tengku Zafrul via surat bertarikh 7 Oktober iaitu hari pembentangan Bajet 2023 di Parlimen, satu hari bekerja sebelum Parlimen dibubarkan.
Dalam ciapan di twitter hari ini, Tengku Zafrul turut mencabar Rafizi untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika terdapat bukti pelanggaran, serta mengemukakan bukti dan tidak menunggu kemenangan di pilihan raya umum untuk mengambil tindakan.
Sementara itu di Kuala Selangor Tengku Zafrul berkata satu pasukan petugas melibatkan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, kerajaan negeri, kerajaan tempatan serta Kementerian Alam Sekitar Dan Air akan ditubuh bagi mencari penyelesaian isu banjir di Kuala Selangor.
Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor berkata isu banjir di Kuala Selangor memerlukan satu pendekatan yang holistik agar ia dapat diatasi dengan berkesan.
BACA: PRU15: Rafizi dedah surat didakwa bukti kelulusan projek RM2 bilion secara rundingan terus
BACA: Didakwa lulus projek selepas Parlimen bubar, Tuan Ibrahim akan fail saman fitnah terhadap Rafizi
BACA: Projek tebatan banjir: SPRM semak dakwaan Rafizi
Beliau berkata pada Bajet 2023 yang dibentangkannya bulan lepas, Kerajaan Persekutuan menyatakan komitmennya bagi mengatasi isu banjir dengan memperuntukkan sebanyak RM15 bilion untuk projek tebatan banjir.
"Projek ini sekarang pada fasa penilaian bagi tujuan pelantikan kontraktor, bagaimanapun isu banjir ini juga melibatkan isu penyelenggaran sistem perparitan dan melalui satu kajian oleh badan bebas mendapati sebanyak 30 peratus isu ini berpunca daripada sistem longkang dan parit yang tersumbat akibat sampah serta tidak diselenggara secara berjadual," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas melawat pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, di sini hari ini.
Seramai 32 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di PPS itu setakat pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2022

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini menegaskan kelulusan projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 yang didakwa dibuat selepas Parlimen dibubarkan, dibuat mengikut peraturan sedia. - Gambar fail/BERNAMA

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Perak serius tangani isu banjir di kawasan berisiko, laksana Projek Tebatan Banjir
Perak serius tangani isu banjir di kawasan berisiko, laksana Projek Tebatan Banjir

Projek tebatan banjir akan dilaksanakan sehingga tahun 2100 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perancangan yang mengambil masa selama 78 tahun itu akan dilakukan secara berfasa.

Projek tebatan banjir: Selangor akan semak semula dengan MoF
Amirudin berkata beliau akan membuat semakan segera kepada kementerian berkenaan, susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri.

'Jumpa di mahkamah', balas Rafizi kepada Tuan Ibrahim
Rafizi mengulas berhubung tuntutan saman difailkan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terhadapnya.

Kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion batal, perlu diteliti semula - PM Anwar
Anwar mengarahkan pegawai Kementerian Kewangan untuk meneliti semula kelulusan itu bagi memastikan ia mematuhi prinsip ketelusan dan peraturan yang ditetapkan.

Banjir termenung: Segerakan projek tebatan banjir di Beruas
Banjir di kawasan itu didakwa berpunca daripada pembetung yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat.

Tuan Ibrahim saman Rafizi isu projek tebatan banjir Sungai Langat 2
Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, writ itu difailkan pada petang Khamis melalui peguamnya, Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid.

PRU15: Kes projek tebatan banjir dirujuk SPRM - Polis
Kes isu fitnah membabitkan Rafizi terhadap Tuan Ibrahim berkaitan projek tebatan banjir dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut, kata PDRM.

Tengku Zafrul tegaskan kelulusan projek tebatan banjir mengikut peraturan
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini menegaskan kelulusan projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 yang didakwa dibuat selepas Parlimen dibubarkan, dibuat mengikut p

Didakwa lulus projek selepas Parlimen bubar, Tuan Ibrahim akan fail saman fitnah terhadap Rafizi
Tuan Ibrahim Tuan Man akan memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi Ramli berhubung dakwaan kelulusan projek tebatan banjir dilakukan selepas pembubaran Parlimen.