awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera tahan 31 PATI dalam kebun getah di Bukit Kayu Hitam

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
31/07/2022
09:04 MYT
Tentera tahan 31 PATI dalam kebun getah di Bukit Kayu Hitam
Kesemua PATI terbabit terdiri daripada 21 lelaki dan sepuluh perempuan berusia 18 hingga 44 tahun. - Gambar/ ATM
BUKIT KAYU HITAM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memasuki negara ini melalui laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand di sini, pada Sabtu.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataannya hari ini, berkata, kesemua PATI warga Myanmar itu dikesan di kawasan di bawah Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
"Anggota yang melakukan rondaan di sempadan ternampak sekumpulan individu yang mencurigakan bergerak masuk dari arah pagar sempadan dan bersembunyi di kawasan semak dalam kebun getah pada jam 9.30 malam.
"Kesemua mereka ditahan terdiri daripada 21 lelaki dan sepuluh perempuan berusia 18 hingga 44 tahun,” katanya.
Turut dirampas adalah tiga buah telefon bimbit, wang tunai dalam mata wang Malaysia dan Thailand bernilai RM967 serta 31 beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM2,467.
Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#ATM
#pati
#Bukit Kayu Hitam
#sempadan Malaysia-Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan