NATIONAL
Terapkan dulu demokrasi dalam PBB - Dr Mahathir

DR MAHATHIR: PBB tidak memainkan peranan dalam menerapkan demokrasi, dan ia menjadi punca kegagalan demokrasi dan kesaksamaan dalam hubungan antarabangsa. -Gambar fail
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak memainkan peranan dalam menerapkan demokrasi.
Menurut perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi punca kegagalan demokrasi dan kesaksamaan dalam hubungan antarabangsa.
"Bercakap tentang PBB, langsung tiada demokrasi. Jika PBB dijadikan lebih demokratik, negara kecil tidak perlu gentar dengan negara besar.
Menurutnya, setiap negara dalam PBB seharusnya duduk dalam satu meja bulat dan hanya diberi satu kuasa undi tanpa mengira status negara itu.
Beliau memberikan analogi dalam pilihan raya di mana setiap rakyat hanya diberi satu undi tanpa mengira status pangkat atau kekayaan individu terbabit.
"Di sinilah kita gagal. Kita terima kejayaan negara tertentu 70 tahun lalu seolah ia satu kemenangan kekal.
"Mereka diberi hak memveto pandangan negara lain. Kita tidak demokratik; dan organisasi inilah yang sepatutnya menerapkan demokrasi.
"Terapkan dulu demokrasi dalam PBB, baru kita tak ada pilihan sama ada negara ini atau negara itu," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap sempena lawatannya ke Cambridge Union Society yang menjadi lokasi pertemuan persatuan debat paling tua di dunia.
Tun Dr Mahathir berada di London dalam lawatan kerja selama tiga hari.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami