Tercampak keluar dari kereta, dua beradik maut

Nur Halisa Sufiyya dan Nur Syaakur Safiyyah yang duduk di kerusi belakang tercampak keluar dan maut di tempat kejadian.

Kedua-dua mangsa maut berusia tujuh dan lima tahun yang cedera parah dalam kejadian tersebut. | Astro Awani
Dua beradik perempuan maut selepas kereta yang dipandu ibu mereka hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung di Kilometer 56 Jalan Kalabakan-Sapulut dekat Tawau, pada Rabu.

Dalam insiden jam 8 pagi itu, Nur Halisa Sufiyya Resmanshah, tujuh tahun, dan Nur Syaakur Safiyyah Resmanshah, lima tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Menurut siasatan awal polis, kenderaan Pajero Sport yang dinaiki keluarga itu hilang kawalan.

Kenderaan yang dipandu Nur Asilah Abd Majid, 33 tahun, yang datang dari arah Tawau ke Labuan itu terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung.

Akibatnya, Nur Halisa Sufiyya dan Nur Syaakur Safiyyah yang duduk di kerusi belakang tercampak keluar dan maut di tempat kejadian.




Ayah mereka bersama seorang lagi adik berumur 1 tahun 4 bulan berada di hadapan sebelah kiri pemandu.

Ayah, ibu dan adik mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.