awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu catat 11 kes kematian akibat tibi setakat ini

Bernama
Bernama
15/05/2025
10:11 MYT
Terengganu catat 11 kes kematian akibat tibi setakat ini
Terengganu mencatatkan 210 kes baharu tibi setakat ini, menurun empat kes berbanding tempoh sama tahun lepas. - Gambar hiasan/ iStock
KUALA BERANG: Sebelas kematian akibat penyakit tuberkulosis atau tibi direkodkan di Terengganu dalam tempoh Januari hingga semalam, melibatkan pesakit dewasa yang gagal mendapatkan rawatan awal.

Ringkasan AI
  • Sebelas kematian akibat penyakit tuberkulosis (tibi) direkodkan di Terengganu dalam tempoh Januari hingga semalam, melibatkan pesakit dewasa yang gagal mendapatkan rawatan awal.
  • Terengganu mencatatkan 210 kes baharu tibi setakat ini, menurun empat kes berbanding tempoh sama tahun lepas. Pada tahun 2024, sebanyak 632 kes baharu tibi direkodkan, menurun 6.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
  • Hanya tiga kes malaria dilaporkan di Terengganu setakat ini, dengan dua melibatkan malaria zoonotik dan satu malaria manusia (kategori import).

Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata 210 kes baharu tibi direkodkan setakat ini, menurun empat kes berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Pada 2024, sebanyak 632 kes baharu tibi direkodkan, menurun 6.9 peratus berbanding 679 kes pada tahun sebelumnya.
"Namun kita tidak boleh berasa lega kerana terdapat 26 kematian akibat lambat mendapatkan rawatan tahun lepas," katanya pada sambutan Hari Malaria, Hari Kesihatan dan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2025 di sini hari ini.
Beliau meminta supaya mereka yang mempunyai gejala kesihatan yang berkaitan membuat saringan awal bagi mengesan penyakit itu.
Mengulas mengenai malaria, Dr Kasemani berkata hanya tiga kes dilaporkan di Terengganu setakat ini, dengan dua melibatkan malaria zoonotik dan satu malaria manusia (kategori import) di Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tibi
#tuberkulosis
#kematian
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami