KUALA TERENGGANU: Terengganu merekodkan peningkatan kes denggi sebanyak empat kali ganda dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong berkata sebanyak 85 kes denggi dilaporkan di seluruh negeri bermula Januari hingga 18 Jun tahun ini, berbanding 21 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata peningkatan tersebut didorong oleh pembukaan semula semua sektor dan aktiviti selepas berakhirnya tempoh pandemik COVID-19.
"Kuala Terengganu merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 54 diikuti Kuala Nerus (8 kes); Marang (5 kes); Kemaman (5 kes); Dungun (4 kes); Hulu Terengganu (4 kes), Besut (3 kes) dan Setiu (2 kes).
"Bagaimanapun tiada kes kematian dicatatkan akibat demam denggi. Hanya dua episod wabak denggi dikesan berlaku di Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu dan ia masih terkawal," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Denggi ASEAN dan Gotong Royong Mega 1.0 Peringkat JKNT Mengikut Norma Baharu di Kampung Gong Tok Nasek, di sini hari ini.
Menurut Kasemani, pihaknya juga telah menjalankan pemeriksaan di 80,845 premis seluruh negeri bagi tujuan penguatkuasaan bermula Januari hingga 18 Jun lepas.
"Kita juga telah mengeluarkan sebanyak 352 kompaun berjumlah RM50,800 kepada pemilik premis yang didapati melakukan kesalahan.
"Sebahagian besar premis tersebut adalah rumah kediaman. Jadi kita harap supaya semua pihak bersama-sama menjaga kebersihan kawasan persekitaran bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes," katanya.
Katanya Terengganu juga telah menubuhkan 235 Jawatankuasa Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) bagi menggerakkan pelaksanaan aktiviti pencegahan denggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Terengganu merekodkan peningkatan kes denggi sebanyak empat kali ganda dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA

Kementerian Pembangunan Luar Bandar peruntuk RM1.5 juta untuk pembangunan warga pendidik MARA
Bagi memastikan profesionalisme warga pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berada di tahap terbaik, Kementerian Pembangunan Luar Bandar memperuntukkan dana sejumlah RM1.5 juta bagi tahun ini.

'Saya tidak dipilih jadi PM kerana tak mahu lindungi Najib' - Anwar
Anwar mengulas kenyataan Tajuddin bahawa wujud SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Misi Angkasa Lepas | 3 angkasawan Shenzhou-13 jumpa orang ramai
Angkasawan Shenzhou-13 yang terdiri Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu buat pertama kalinya bertemu pihak media dan khalayak sejak kembali ke bumi pada 16 April lalu. Pertemuan itu diadakan pada Selasa dan ketua pasukan angkasawan Jing Haipeng, turut berkongsi mengenai situasi pemulihan serta rancangan susulan kru angkasawan Shenzhou-13 itu.

Indonesia bakal sahkan kedudukan sebagai kuasa baharu dunia?
Sebagai Presiden G20, Jokowi kini tersepit antara dua kuasa dunia.

Perlu mempermudahkan penganggur mencari kerja
Ramai berpandangan bahawa tiada pekerjaan yang tersedia untuk mereka selain merasakan diri mereka tidak layak.

Sindiket Minyak | Sindiket jual minyak terpakai secara haram tumpas
Beli minyak enjin terpakai dari bengkel dan kilang sebelum menjual kepada pihak industri dengan harga lebih murah dari pasaran. Itu taktik sindiket penjualan minyak enjin terpakai secara haram yang berjaya ditumpas polis Johor.

Lelaki hilang empat hari di dusun durian ditemukan lemah, tidak bermaya
Kamarudin Hasan ditemukan dalam keadaan selamat oleh orang awam pada jam 10.50 pagi tadi.

SPRM | YDP pertubuhan kebajikan direman, salah guna kuasa
Seorang Yang Di-Pertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa. Turut direman pengarah urusan sebuah syarikat usahasama yang mempunyai kepentingan ke atas syarikat tersebut.

Kes Dadah | 70 peratus kes di mahkamah libatkan dadah
Lebih 70 peratus kes jenayah yang dikendalikan di Mahkamah Kelantan adalah berkaitan dadah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang)m Datuk Mas Emiryati Samsuddin berkata, angka itu membimbangkan serta menggambarkan keseriusan masalah dadah di negeri itu.

Majlis Raja-Raja | Agong hadiri hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-259 di Istana Negara.

Salah guna kuasa: YDP badan kebajikan direman
Seorang Yang Dipertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa.

Industri pelancongan dijangka sumbang RM3 bilion kepada ekonomi Terengganu
Secara puratanya, kadar perbelanjaan untuk seorang pelancong ialah RM1,000 dengan purata penginapan selama tiga hari dua malam.

Rogol kenalan media sosial bawah umur, pemuda dihukum penjara 6 tahun
Tertuduh didakwa telah merogol mangsa yang berusia 12 tahun 11 bulan.

Aidiladha: Terengganu beri insentif RM100 kepada penternak ruminan
Ia bagi meringankan beban kira-kira 1,000 penternak di seluruh negeri yang terkesan dengan kenaikan harga makanan ternakan.

Kasma Daniel tawan Litar Terengganu
Kasma menampilkan strategi mantap apabila mengekalkan kedudukan di tempat ketiga dan ke atas walaupun dicabar pelumba lain.

MAPEX Terengganu 2022 tawar 1,620 unit hartanah bernilai RM450 juta
Kesemua hartanah terbabit ditawarkan oleh sembilan pemaju yang menyertai ekspo kali ini.

Terengganu catat peningkatan kes denggi
Terengganu merekodkan peningkatan kes denggi sebanyak empat kali ganda dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

MAFI peruntuk lebih RM43.5 juta untuk sektor pertanian di Terengganu - Ronald
Peruntukan itu disalur kepada kerajaan negeri melalui pelbagai jabatan dan agensi di bawah MAFI bagi pelaksanaan pelbagai projek, program dan inisiatif.

Liga Super: Kemenangan sulung Penang FC musim ini
Penang FC mengutip tiga mata sulung dalam perlawanan Liga Super 2022 musim ini setelah menumpaskan Terengganu FC 2-1 di Stadium Bandaraya.

Terengganu alami fenomena kurang penduduk - Ketua Perangkawan
Terengganu tergolong dalam lima negeri di Malaysia yang mencatat kadar pertumbuhan tahunan penduduk paling rendah iaitu sekitar 1.3 peratus.