awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu salur Pencen Rakyat RM300 bermula Ahad ini - Exco

Bernama
Bernama
16/11/2021
09:42 MYT
Terengganu salur Pencen Rakyat RM300 bermula Ahad ini - Exco
Hanafiah berkata bantuan itu merupakan satu daripada 20 manifesto Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Seramai 19,230 warga emas berumur 60 tahun ke atas di negeri ini akan mula menerima bantuan Pencen Rakyat sebanyak RM300 seorang bermula Ahad ini (21 Nov).
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat berkata bantuan itu merupakan satu daripada 20 manifesto Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018.
"Bayaran RM300 itu merangkumi Jun hingga Disember tahun ini yang akan mula disalurkan secara berperingkat kepada penerima bermula 21 Nov. Pembayaran penuh iaitu sebanyak RM600 setahun kepada penerima yang layak akan mula dilakukan pada tahun hadapan.
"Bantuan ini dikhususkan kepada rakyat Terengganu berusia 60 tahun ke atas yang sudah bersara dan tidak menerima bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan negeri dan Persekutuan," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Hanafiah berkata pemberian bantuan Pencen Rakyat itu seiring dengan peruntukan RM13 juta yang diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2022, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencen rakyat
#warga emas
#Exco Terengganu
#Manifesto Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan