awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencapaian Aaron-Wooi Yik muncul naib juara bukti kecekalan, disiplin tinggi - TPM Ahmad Zahid
Aaron-Wooi Yik buktikan mereka atlet berkelas dunia - Taufiq
Kesedaran premis makanan miliki sijil BeSS masih rendah di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] 618 lokasi dikenal pasti berisiko banjir di Kelantan, Pasir Mas paling banyak

Bernama
Bernama
27/11/2025
03:30 MYT
[TERKINI] 618 lokasi dikenal pasti berisiko banjir di Kelantan, Pasir Mas paling banyak
Penduduk di kawasan berisiko diingatkan supaya berpindah lebih awal tanpa menunggu arahan rasmi serta tidak meredah jalan yang ditenggelami air bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kelantan merekodkan 618 lokasi berisiko banjir dengan jumlah tertinggi di Pasir Mas melibatkan 213 kawasan, termasuk di sepanjang Sungai Golok seperti Rantau Panjang dan Meranti.

Ringkasan AI
  • Kelantan merekodkan 618 lokasi berisiko banjir, terutama di Pasir Mas melibatkan 213 kawasan termasuk Rantau Panjang dan Meranti di sepanjang Sungai Golok.
  • Lebih 1,000 anggota Bomba termasuk pasukan sukarela dan bantuan dari Terengganu, Kuala Lumpur, dan Selangor dikerahkan untuk sedia membantu.
  • Penduduk di kawasan berisiko disarankan berpindah awal tanpa arahan rasmi dan elak meredah jalan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Farhan Sufyan Borhan berkata berikutan itu, hampir 1,000 anggota digerakkan termasuk melibatkan pasukan bomba sukarela, bomba komuniti serta pasukan bantuan dari Terengganu (Wakaf Tapai), Kuala Lumpur dan Selangor.
Beliau berkata penduduk di kawasan berisiko diingatkan supaya berpindah lebih awal tanpa menunggu arahan rasmi serta tidak meredah jalan yang ditenggelami air bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Situasi banjir di Kelantan kini beralih ke jajahan tengah susulan aliran air dari hulu serta hujan berterusan, ketika paras Sungai Golok Rantau Panjang di Pasir Mas dijangka meningkat dan berisiko melimpah.
"Banjir yang sebelum ini menjejaskan jajahan di sebelah pantai kini mula memberi kesan di Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Rantau Panjang," katanya kepada Bernama di bilik gerakan banjir JBPM Tunjong di sini.
Farhan Sufyan berkata paras air kini mencatat peningkatan di dua sungai utama, iaitu Sungai Golok dan Sungai Galas di Limau Kasturi, yang kini berada pada peringkat bahaya, sekali gus meningkatkan risiko limpahan di kawasan berhampiran.
"Setakat semalam, kita melaksanakan 68 operasi pemindahan dan 91 pemantauan harian. Banjir kini tertumpu di jajahan tengah berikutan aliran air dari hulu dan hujan berterusan, terutama di Tanah Merah yang merekodkan taburan hujan tertinggi," katanya.
Farhan Sufyan berkata jika hujan masih lebat, kebarangkalian berlakunya banjir terutama di kawasan sepanjang Sungai Golok amat tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir 2025
#banjir kelantan
#Pasir Mas
#kawasan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan