[TERKINI] Badan Kehakiman tubuh Mahkamah Tinggi Khas, percepat penyelesaian kes rasuah
![[TERKINI] Badan Kehakiman tubuh Mahkamah Tinggi Khas, percepat penyelesaian kes rasuah [TERKINI] Badan Kehakiman tubuh Mahkamah Tinggi Khas, percepat penyelesaian kes rasuah](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2026-01/51768872055_PejabatKetuaPendaf.jpg)
Menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam satu kenyataan, langkah ini bertujuan memperkukuh sistem kehakiman negara dan mempercepatkan penyelesaian kes rasuah di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Badan Kehakiman Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan Mahkamah Tinggi Khas bagi mendengar perbicaraan kes-kes rasuah, termasuk rayuan dari Mahkamah Sesyen Khas Rasuah.
Menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam satu kenyataan, langkah ini bertujuan memperkukuh sistem kehakiman negara dan mempercepatkan penyelesaian kes rasuah di Malaysia.
"Inisiatif itu akan dimulakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Perkara itu susulan rundingan Hakim Besar Malaya bersama Ketua Hakim Negara bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15, pada Isnin.
"Dalam titah baginda, keperluan untuk menyediakan hakim yang berpengalaman bagi mendengar kes rasuah telah ditekankan, selain menekankan perlunya laluan khas di mahkamah supaya perbicaraan kes rasuah dapat diselesaikan dengan segera.
"Setakat ini, terdapat 14 Mahkamah Sesyen Khas Rasuah telah ditubuhkan di seluruh Malaysia dengan matlamat menyelesaikan kes-kes rasuah dalam tempoh satu tahun dari tarikh pendaftaran.
"Bagi menjunjung titah Seri Paduka Baginda, Hakim Besar Malaya setelah berunding dengan Ketua Hakim Negara bersetuju supaya Badan Kehakiman Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan Mahkamah Tinggi Khas bagi mendengar perbicaraan kes-kes rasuah, termasuk rayuan dari Mahkamah Sesyen Khas Rasuah," kata kenyataan, itui pada Selasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


