awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Cuaca sangat panas, angin kencang diramal melanda Tanah Suci sepanjang musim haji

Azizul Azwa
Azizul Azwa
29/05/2025
23:00 MYT
TERKINI HAJI 2025: Cuaca sangat panas, angin kencang diramal melanda Tanah Suci sepanjang musim haji
Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji 1446 Hijrah. - Gambar fail Astro AWANI
MEKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji 1446 Hijrah.
Menurut laporan, Agensi Berita Arab Saudi (SPA), suhu maksimum dijangka 40 hingga 47 darjah Celsius, manakala suhu minimum sekitar 27 hingga 32 darjah Celsius.
Kelembapan pula dijangka antara 15 hingga 60 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi, Dr Ayman Ghulam berkata, tiupan angin ketika musim haji dijangka dari arah utara ke barat laut dengan kelajuan antara 25–35 km/j.
Katanya, angin ini membawa debu dan mengurangkan jarak penglihatan mendatar, terutama di kawasan terbuka dan lebuh raya.
Selain itu, katanya terdapat kemungkinan pembentukan ribut petir di kawasan tanah tinggi Taif, yang boleh menjejaskan kawasan Tanah Suci antara 8 hingga 13 Zulhijah.
Ribut mungkin disertai penyebaran debu dan pasir secara meluas.
Topic Berkaitan
#terkini haji 2025
#musim panas
#haji 2025
#Tanah Suci
#jemaah haji Malaysia
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan