[TERKINI] Kapal FFC, Thousand Madleens dipintas Israel, 9 delegasi Malaysia antara yang terlibat
![[TERKINI] Kapal FFC, Thousand Madleens dipintas Israel, 9 delegasi Malaysia antara yang terlibat [TERKINI] Kapal FFC, Thousand Madleens dipintas Israel, 9 delegasi Malaysia antara yang terlibat](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-10/61759892384_GlobalSumudFlotill.jpg)
Sebahagian peserta misi kemanusiaan FFC yang berada di atas salah sebuah kapal dilihat menerusi visual langsung FFC di TikTok. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kesemua sembilan kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) telah dipintas oleh tentera Israel kira-kira jam 10.50 pagi waktu Malaysia.
Ketika kejadian, kesemua kapal itu berada di perairan antarabangsa berhampiran Gaza.
Menurut Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), seramai lapan delegasi Malaysia berada di atas kapal utama, Conscience, manakala seorang lagi wakil Malaysia berada di atas kapal layar Umm Saad.
Kesemua mereka merupakan peserta misi kemanusiaan yang bertujuan menyalurkan bantuan serta mengumpul bukti pelanggaran hak asasi manusia oleh rejim Zionis.
Sementara itu, menerusi rakaman video dipercayai yang terakhir sempat dihantarkan, salah seorang aktivis yang berada di atas kapal memaklumkan mereka sudah bersiap sedia menunggu tindakan tentera rejim Zionis selanjutnya.
“Bersama rakan-rakan, kami segera memakai jaket keselamatan, menyusun tempat duduk mengikut latihan yang kami terima pada awalnya, dan kini menunggu mereka naik ke bot.
“Mereka (tentera Zionis) akan datang ke bot sebentar lagi untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan. Saya segera melihat sekeliling untuk menunjukkan kepada anda sebahagian bot mereka.
“Tetapi buat masa ini, saya sedang melihat bersama rakan saya. Panggilan nama sedang dijalankan, panggilan nama untuk memastikan tiada yang hilang. Rakan jurukamera saya berkata dia juga berada di sini,” menurut peserta itu lagi.
Dalam pada itu, individu tersebut sempat berkongsi pemerhatian semasa, antaranya kehadiran bot dan juga helikopter di kawasan tersebut.
“Buat masa ini, aktivis yang terdiri daripada wartawan dan doktor sedang memakai jaket keselamatan, dan saya dapat lihat bahawa pasukan Israel, pasukan Israel, telah menaiki bot.
“Saya kini nampak dua, tiga bot rakan saya datang dari belakang. Ya, sebentar lagi, sebentar lagi, sebentar lagi, proses menaiki kapal akan berlaku. Bukan sahaja dengan bot, tetapi juga dengan pesawat…,” katanya lagi.
Satu sidang media berhubung perkembangan terkini akan diadakan di ibu pejabat MyCare di sini pada jam 12 tengah hari ini.
berada kira-kira 150 batu nautika dari Gaza pada petang Selasa, semakin menghampiri perairan yang sebelum ini menyaksikan serangan oleh pasukan Israel.
Terdahulu pagi ini, konvoi kemanusiaan tersebut dilaporkan 
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami