awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Lelaki mengaku salah serang wartawan veteran Haresh Deol

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2025
07:26 MYT
[TERKINI] Lelaki mengaku salah serang wartawan veteran Haresh Deol
Seorang penghantar barang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan sengaja mencederakan wartawan sukan Haresh Deol. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR : Seorang lelaki berusia 37 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyerang wartawan veteran, Haresh Deol, di Bangsar, ibu negara awal minggu ini.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 37 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret bagi menyerang wartawan veteran Haresh Deol di Bangsar.
  • Tertuduh bersama seorang suspek lain didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Haresh Singh Chain Singh di hadapan bangunan Tanjung Balai Group, Jalan Telawi 3.
  • Mahkamah menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Januari sebagai tarikh hukuman bagi tertuduh yang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

R Krishnan yang juga merupakan seorang penghantar barang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan hari ini.
Menurut kertas pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi suspek yang masih bebas didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Haresh Singh Chain Singh di hadapan bangunan Tanjung Balai Group, Jalan Telawi 3, pada kira-kira jam 3.32 petang, 5 November lalu.
Bapa enam anak itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Hench Goh, memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk hukuman dan mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Mohamad Salihen Mastor pula merayu jaminan minimum kerana anak guamnya adalah penanggung tunggal keluarga.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Januari sebagai tarikh hukuman.
Pada Selasa lalu, dilaporkan Haresh yang juga Naib Presiden National Press Club dan pengasas organisasi berita Twentytwo13 diserang dua lelaki berpakaian hitam di Bangsar.




Topic Berkaitan
#Haresh Deol
#Bangsar
#wartawan veteran
#sukan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan