awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] MH102 dilencong ke Bangkok akibat kecemasan kesihatan penumpang - MAG

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/09/2025
08:01 MYT
[TERKINI] MH102 dilencong ke Bangkok akibat kecemasan kesihatan penumpang - MAG
Menurut kenyataan MAG ketika dihubungi Astro AWANI, pesawat berlepas dari KLIA pada jam 9.53 pagi dan selamat mendarat di Bangkok kira-kira dua jam kemudian. - Gambar Flightradar
KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan bahawa penerbangan Malaysia Airlines MH102 telah dilencongkan ke Bangkok, Thailand akibat kecemasan kesihatan melibatkan seorang penumpang.
Pesawat jenis Boeing 737-800 dengan nombor pendaftaran 9M-MLN itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Dhaka, Bangladesh, sebelum mengubah laluan ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok.
MAG ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan pesawat berkenaan berlepas dari KLIA pada jam 9:53 pagi dan selamat mendarat di Bangkok kira-kira dua jam kemudian.
"Pesawat berlepas semula dari Bangkok pada jam 1.29 tengah hari (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba di Dhaka sekitar jam 4:49 petang waktu Malaysia," katanya.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan pesawat Boeing 737-800 dengan nombor pendaftaran 9M-MLN itu sedang terbang pada ketinggian 36,000 kaki di ruang udara Myanmar apabila kru mengisytiharkan kecemasan.
Topic Berkaitan
#MH102 dilencongkan
#Malaysia Aviation Group
#Pesawat ke Dhaka
#Lapangan Terbang Bangkok Suvarnabhumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan