[TERKINI] Pelajar tingkatan tiga maut ditikam: Mengejutkan, tiada tempat keganasan di sekolah – Gobind
![[TERKINI] Pelajar tingkatan tiga maut ditikam: Mengejutkan, tiada tempat keganasan di sekolah – Gobind [TERKINI] Pelajar tingkatan tiga maut ditikam: Mengejutkan, tiada tempat keganasan di sekolah – Gobind](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-10/61760423771_TBTIKAMPELAJARjpg.jpg)
Tegas Gobind, sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk pembelajaran, perkembangan diri dan persahabatan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Digital, Gobind Singh Deo menyifatkan kes pelajar tingkatan tiga yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pagi tadi sebagai satu insiden tragik.
Ringkasan AI
- Gobind Singh Deo menyifatkan insiden pelajar tingkatan tiga maut ditikam di sekolah Bandar Utama sebagai tragedi mengejutkan, menekankan sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk pembelajaran dan persahabatan.
- Beliau meminta ruang diberikan kepada polis untuk siasatan dan memaklumkan pejabatnya di Damansara bersedia membantu keluarga mangsa.
- Gobind merakamkan takziah kepada keluarga mangsa, menyifatkan kejadian itu sebagai menyayat hati dan mengejutkan seluruh negara.
“Ruang harus diberikan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Pada masa yang sama, pejabat saya di Damansara bersedia untuk membantu ahli keluarga mangsa,” kata beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Damansara menerusi kenyataan pada Selasa.
Bagi pihak Kementerian Digital dan pasukan beliau di Damansara, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan anak mereka dalam insiden disifatkan Gobind sebagai kejadian menyayat hati.
Kejadian kira-kira jam 9.10 pagi tadi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan sebelum disedari guru yang mendengar bunyi jeritan dari lokasi insiden.
Polis yang dikejarkan ke lokasi telah menahan suspek iaitu seorang pelajar berusia 14 tahun.
Suspek telah ditahan dan akan direman esok (Rabu) di Mahkamah Petaling Jaya di bawah Kanun Keseksaan 302.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami