awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Panda gergasi Xiao Xiao, Lei Lei selamat kembali ke China
MFL benarkan tiga pemain warisan JDT kembali beraksi di Liga Malaysia
Pembaharuan segera undang-undang jenayah dibentang pada sesi Parlimen akan datang - Azalina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Pendaftaran murid darjah satu bagi tahun 2027 dibuat secara dalam talian

Asyraf Malik
Asyraf Malik
28/01/2026
08:17 MYT
[TERKINI] Pendaftaran murid darjah satu bagi tahun 2027 dibuat secara dalam talian
Pendaftaran kemasukan Tahun Satu boleh dibuat secara terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia dalam kohort umur enam tahun dan tujuh tahun selaras ketetapan baharu kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pendaftaran murid Tahun Satu bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026 menerusi Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS).
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, KPM berkata pendaftaran tersebut boleh dibuat secara terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia dalam kohort umur enam tahun dan tujuh tahun selaras ketetapan baharu kerajaan.
Langkah ini sekali gus memudahkan proses kanak-kanak berusia enam tahun untuk memasuki Tahun 1 mulai 2027 tanpa perlu menduduki sebarang ujian saringan.
“Inisiatif ini menggalakkan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun 1, sebagai langkah progresif Kerajaan MADANI memastikan perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak.
"Selain pada masa sama memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan,” jelas KPM.
Menurut KPM, ibu bapa dan penjaga perlu mendaftar akaun Sistem Pengurusan Identiti (idMe), mengemas kini maklumat peribadi serta mengemukakan permohonan melalui MOEIS dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.
Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi 2027 boleh diperoleh melalui portal rasmi KPM di www.moe.gov.my.
Ibu bapa dan penjaga juga boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#Darjah satu
#usia enam tahun
#MOEIS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan