awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketegangan Iran-AS: Semua pihak digesa bertenang - Mohamad Hasan
Anwar ziarah bekas PM Afghanistan terima rawatan di Malaysia
California keluar surat arahan pemberhentian kepada xAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PM Anwar sambut baik pelantikan semula tiga ahli Dewan Negara

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
03/12/2025
09:10 MYT
[TERKINI] PM Anwar sambut baik pelantikan semula tiga ahli Dewan Negara
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Datuk Mohd Na'im Mokhtar dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara.
KUALA LUMPUR : Pelantikan semula Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Datuk Mohd Na’im Mokhtar sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua yang berkuat kuasa hari ini disambut baik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pelantikan semula Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, dan Datuk Mohd Na'im Mokhtar sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua.
  • Pelantikan semula ini membolehkan ketiga-tiga tokoh tersebut meneruskan peranan penting dalam agenda pentadbiran kerajaan serta agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.
  • Kesinambungan pelantikan tiga senator tersebut dijangka memperkukuh dasar-dasar pentadbiran Kerajaan MADANI dan memberi impak positif terhadap agenda reformasi.

Dalam satu kenyataan, Anwar memaklumkan bahawa pelantikan semula itu membolehkan ketiga-tiga tokoh berkenaan meneruskan peranan penting mereka dalam agenda pentadbiran kerajaan.
“Pelantikan ini membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar, tatakelola dan agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.
“YAB Perdana Menteri juga akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI kelak, selepas proses pertimbangan yang cermat, berhemah dan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara,” menurut kenyataan itu lagi.
Pelantikan semula tiga senator tersebut dijangka memberi kesinambungan kepada agenda reformasi serta memperkukuh dasar-dasar pentadbiran Kerajaan MADANI.


Topic Berkaitan
#Zambry Abdul Kadir
#Saifuddin Nasution
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Madani
#Ahli Dewan Negara
#terkini
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan