awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Athlete Centre pertama di MSN siap beroperasi Februari ini - Dr Taufiq Johari
Kajian keperluan UPSR, PT3 dijangka siap tahun ini - Fadhlina
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Beli tiket saat akhir, Stacy pulang jalankan tanggungjawab mengundi

Faida Rahim
Faida Rahim
29/11/2025
12:15 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Beli tiket saat akhir, Stacy pulang jalankan tanggungjawab mengundi
Stacy mengakui sanggup pulang ke Sabah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRN Sabah hari ini, walaupun terpaksa membeli tiket penerbangan pada saat akhir.- Gambar Instagram Stacy
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Stacy Anam mengakui sanggup pulang ke Sabah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini, walaupun terpaksa membeli tiket penerbangan pada saat akhir kerana kesibukan kerja.

Ringkasan AI
  • Stacy Anam pulang ke Sabah untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri hari ini, meskipun membeli tiket penerbangan secara last minute.
  • Tiba di pusat mengundi pada tengah hari, Stacy bersyukur kerana masih ada pengundi walaupun tidak ramai.
  • Penglibatan rakyat dalam PRN Sabah penting, dengan Stacy menekankan setiap individu mempunyai peranan dalam menentukan masa depan negara.

Stacy memberitahu, dia dan keluarga pulang ke Kota Kinabalu, Sabah pada 26 November lalu dan bersyukur kerana harga tiket tidak terlalu mahal.
“Saya beli tiket penerbangan last minute sebab sibuk dengan kerja. Nasib baik harga tiket berpatutan dan tidak mahal sangat memandangkan kami sekeluarga ambil keputusan untuk balik kampung halaman pada 26 November,” katanya kepada Astro AWANI.
Kata Stacy, dia tiba di pusat mengundi kira-kira pukul 12 tengah hari selepas menangguhkan rancangan untuk datang pada waktu pagi atas faktor urusan kerja.
“Saya dengar selalunya pagi ramai orang datang mengundi. Masa saya datang tengah hari, orang sudah tidak ramai sangat, tapi tetap ada pengundi. Seronok sangat sebab dapat turun mengundi hari ini," katanya.
Akui Stacy lagi, ini merupakan kali pertama dia turun mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, N26.
"Saya datang bersama ibu serta adik, manakala suami. Akim bagi dorongan untuk saya turun PRN kali ini. Hari ini hari kelima saya berada di Sabah dan akan pulang semula ke Kuala Lumpur pada 6 Disember," jelasnya.
Mengulas mengenai penglibatan rakyat dalam PRN Sabah kali ini, Stacy berkata rakyat mempunyai peranan masing-masing dalam menentukan masa depan negara.
“Yang penting kita mengikuti perkembangan dan faham apa yang berlaku. Apa pun yang terjadi, kita tetap rakyat Malaysia yang sama,” katanya.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Stacy Anam
#DUN Mayog
#PRN Sabah
#masa depan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan