awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: 'Saya tak mahu kempen janji sana janji sini, tetapi beritahu apa kita buat' - PM Anwar

Assim Hassan, Hasimi Muhamad
Assim Hassan, Hasimi Muhamad
27/11/2025
13:15 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: 'Saya tak mahu kempen janji sana janji sini, tetapi beritahu apa kita buat' - PM Anwar
Anwar ketika berucap pada Ceramah Grand Finale Harapan DUN Api-Api Bersama Perdana Menteri di Kota Kinabalu pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kehadiran beliau ke Sabah termasuk di ceramah dan kempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 bukan untuk menabur janji menyelesaikan isu tiga serangkai air, elektrik serta jalan.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kehadirannya di Sabah sempena Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 bukan untuk janji menyelesaikan isu tiga serangkai, tetapi untuk memaklumkan tugas kerajaan negeri GRS pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor dengan sokongan Kerajaan Persekutuan.
  • Kerajaan Pusat telah memberi kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Sabah, dengan pemberian RM1.2 bilion untuk menyelesaikan masalah elektrik di negeri itu, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.
  • Anwar mengumumkan Kerajaan Persekutuan membantu kerajaan negeri Sabah menyelesaikan masalah bekalan air, dengan jangkaan penyelesaian masalah air di Sabah pada tahun depan melalui kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri.

Sebaliknya, tegas beliau, tugasnya adalah untuk memaklumkan bahawa masalah tersebut sedang dilaksanakan kerajaan negeri dipimpin Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor dengan sokongan Kerajaan Persekutuan.
"Bekalan elektrik, Kerajaan Pusat sudah beri kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Sabah. Sudah diberikan... Ini yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan kita berikan kepada Sabah.
"Kerajaan MADANI sudah buat. (Kemudian) bincang dengan Hajiji kata tidak cukup duit... RM1.2 billion sudah diberikan untuk pastikan keadaan elektrik di Sabah dalam keadaan baik," katanya ketika berucap pada Ceramah Grand Finale Harapan DUN Api-Api Bersama Perdana Menteri di Kota Kinabalu pada Khamis.
Menyentuh mengenai masalah air, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata Kerajaan Persekutuan juga telah membantu kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air di negeri itu dapat dipulihkan.
Jelasnya, masalah air di Sabah dijangka selesai tahun depan dengan kerjasama baik antara Kerajaan Pusat dan negeri.
"Semua projek ini sedang berjalan. Ini bukan janji-janji pilihan raya tetapi kita sudah laksanakan," katanya.
Sehubungan itu, Anwar berkata pengundi di Sabah perlu bijak untuk memilih kerajaan negeri yang akan mentadbir Sabah bagi tempoh lima tahun ke depan.
Katanya, jika kerajaan negeri kuat ia menjadi satu kelebihan untuk bekerja sebagai satu pasukan bersama Kerajaan Persekutuan.
"Kita pasti mahu negeri ini berjaya. Untuk itu politik perlu stabil kerana jika tidak kita tidak mempunyai masa untuk memperbaiki (negeri). Jadi jaga baik-baik negara ini, dan Sabah juga menjadi negeri yang berjaya," jelasnya.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Perjanjian Malaysia 1963
#PRN Sabah
#tiga serangkai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan